Friday, December 30, 2011

~ TURUNKANLAH MAGFIRAH MU ~


Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memelihara wajah kami dari sujud kecuali kepada-Mu, Ya Allah peliharalah wajah kami dengan kemudahan rezeki dan jangan Engkau merendahkan kami dengan kesempitan rezeki-Mu. Maka peliharalah diri kami dari meminta-minta hajat kami kecuali kepada-Mu dengan kemurahan dan kaunia-Mu. Wahai dzat yang paling penyayang. Amin
aku tahu ya Rabb, rizkiku tak mungkin diambil orang lain, maka hatiku tenang. Amal-amalku tak mungkin diambil orang, maka aku sibukkan diriku untuk beramal. Aku tahu Allah senantiasa melihatku, maka aku malu bila Allah mendapatkanku sedang maksiat. Aku tahu bahwa kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabbku, maka aku munajat kepada-Mu, khusnul khatimahkan diakhir hayatku. Amin

Ya Allah, ampunilah aku, belas kasihanilah aku dan cukupkanlah segala kekuranganku dan tingkatkanlah derajatku dan berikanlah rizki kepada ku, Ya Rabb aku bersujud dan bersimpuh berserah diri kepada-Mu.Turunkanlah magfirah-Mu. Amin.







~ MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN ~

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.


Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

~ PAK PANDIR KE KEBUN ~

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
 
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, “Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”


Tuesday, December 27, 2011

~ BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI ~

»»► RAMAI dari kalangan wanita cantik itu PERASAN, bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka !! 

»»► RAMAI juga di kalangan lelaki hensem itu PERASAN, bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka !! Tetapi HAKIKATNYA, di kalangan mereka itu RAMAI yang TIDAK SEDAR bahawasanya LELAKI atau WANITA yang BAIK & BERAGAMA itu BUKAN DINILAI bersandarkan RUPA PARAS & LUARAN semata-mata, tetapi sejauh mana mereka MENGHIAS AKHLAK & MEMBATASKAN PERGAULAN dalam MENYEMAI, MENJAGA & MENGUKUHKAN TAQWA & KEIMANAN dalam kehidupan. Dan sesungguhnya juga, LELAKI mahupun WANITA yang SOLEH/SOLEHAH itu seharusnya BERUSAHA MENJAGA PANDANGAN mereka sebagaimana FIRMAN ALLAH dlm Surah AnNur, ayat ke 30/31:

~: ☀ ❝..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka..❞ 

~ ☀ » Justeru itu, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis & cantik; Dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak & rupawan «

(✿◠‿◠)  Bersama renung²kan ..!♥·: :·♥ :: 

Jom muhasabah :: 
Renungi peribadi :: 
Dakwah hati :: 
Tarbiyah diri :: 

« » Barakallahufikum « » 
BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI



~ TETAP SABARKAN HATIKU YA ALLAH ~

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

Jika dalam cintamu, hatimu lebih sering terluka daripada digembirakannya... Maka lepaskanlah dia dari genggamanmu.. Jika dia memang cinta sejatimu, dia akan kembali sebagai belahan jiwa yg memuliakanmu, Tapi, jika dia tak pernah kembali memang dari awal dia tak pernah direncanakan bagimu.. Hapuslah kesedihanmu, indahkanlah dirimu dan harumkanlah ruang tamu dihatimu bagi cinta yg Baru..


Ya ALLAH, Berikanlah kepadaku Suami TERBAIK dari sisi-Mu.. Suami yg juga menjadi sahabatku dlm Urusan agama, dunia dan akhirat-Mu.. Aku memohon Cinta-Mu, Cinta Orang2 yg mencintai-Mu dan amal yg dpt menggapai cinta-Mu, Ya Allah, jadikanlah cintaku kpd-Mu melebihi cintaku kpd diriku sendiri, keluarga dan kecintaanku terhadap apa pun jua.. Ya Ilahi, Tetap SABARKAN Hatiku dlm penantian ini, Semoga Keindahan yg kudambakan menghampiri dimasa Indah-Mu.. Aamiin ya Allah..

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿



Friday, December 23, 2011

~ SIAPAKAH??? ~

  ☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

Siapakah orang yang sibuk?, 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 



Siapakah orang yang manis senyumanya?  
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?  
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?  

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menampak-nampakkan harta.

Siapakah orang yang rugi?  
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?  
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?  
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?  
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal?  
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

  ☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

 

(¯`•.¸ღ JIKA BENAR CINTA ღ¸.•´¯)

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

••► Jika benar dirimu mencintaiku kerana Allah, maka janganlah kau sentuh hatiku sebelum tiba waktunya, dan jangan sesekali kau ungkapkan kata cinta padaku, kerana aku takut aku hanyut dalam lautan rinduku padamu.. 

••► Tetapi,jika cintamu tulus untukku, maka datangilah kedua orang tuaku, pintalah izin dari keduanya, dan pinanglah daku dengan lafaz bismillah..

••► Andai tertulis aku adalah bakal makmum mu, insyaAllah,Allah pasti akan satukan cinta kita di dalam redhaNya.. moga cinta kita bersemi selamanya sampai ke syurga.. Ameen ya Rabb..

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿