Thursday, June 30, 2011

~ HIBURAN SEMATA-MATA ~



Mari kita baca dan fikirkan sejenak......

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, kita boleh nampak urat birunya...skiranya kulit nya putih.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. tapi mata ranjang tidak meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. tapi amat berselera bila makan masak lemak pucuk

12. Pakar sakit jiwa dan pesakit jiwa adalah 2 insan yang berbeza namun kedua-duanya ada di spital yang sama.




Wednesday, June 29, 2011

~ HARI INI, ESOK DAN SEMALAM ~

HARI INI....
Dalam hidup kita ada dua hari yang tidak perlu dirisaukan.


Yang pertama: HARI KELMARIN

Kita tidak dapat mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tidak dapat menarik perkataan yang telah diucapkan. Kita tidak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin pergi, lepaskan saja.


Yang kedua: HARI ESOK

Hingga mentari esok hari terbit, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita tidak dapat melakukan apa-apa esok hari. Kita tidak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok belum tiba, kita tidak tahu apa yang akan terjadi, biarkan saja.


YANG TERSISA KINI HANYALAH HARI INI...

Pintu kelmarin telah tertutup dan pintu esok pun belum tiba. Pusatkan saja diri untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak perkara hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.


HIDUPLAH HARI INI....
Kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.


"Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meskipun mereka berlaku buruk terhadap kita. Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri."




~ PUISI SUAMI ISTERI ~

Hahahahaha lucunya.....

ISTERIKU....

jika engkau bumi..

akulah matahari...

Aku akan menyinarimu...
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku...
Ingatlah bahtera yg kita kayuh..
begitu penuh riak gelombang...

Aku pasti akan tetap menyinari bumi...

hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku...
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi..
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku...


Lalu.....

Relakanlah aku menyinari planet lain,

menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...

*** Balasan Sang Isteri ***


SUAMIKU....

andai kau memang mentari...
sang suria yang memberi cahaya...
aku merelakan engkau berikan sinaranmu...

kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
...
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu...
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,

di tengah remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu....

MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan



cuma mancis saja!!!!!



please lah ......




Tuesday, June 28, 2011

~ PESAN ROH KEPADA MANUSIA ~



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cubamencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cubapula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cubapula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Friday, June 24, 2011

TEMUDUGA TERBUKA ~ CALON JENAZAH ~

"SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN"


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).



KELAYAKAN:
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
2. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

4. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.


SILA BAWA DOKUMEN ASAL:
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.



PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat ! berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.

Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.




~ REZEKI SI PENGHANTAR PIZZA ~

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabka msalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas,sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza"...


HUHHH untungnya dia...


Wednesday, June 22, 2011

~ RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI MALAIKAT ~

Rasulullah SAW bersabda:
ا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيل
"Malaikat Tidak masuk rumah yang terdapat anjing dan gambar makhluk bernyawa di dalamnya". (Muttafaq 'Alaih dari hadits Abu Tholhah, lafadz milik Bukhori)

Abdullah bin Abbas berkata:

يُرِيدُ التَّمَاثِيلَ الَّتِي فِيهَا الْأَرْوَاحُ
"Yang dimaksud adalah patung @ gambar bernyawa" ( AlBukhari)

Syaikh Utsaimin berkata:
"Bagaimana pendapatmu dengan rumah yang tidak dimasuki malaikat ? Sungguh itu rumah yang buruk…(Syarh Ar Riyadh).

Syaikh Abdul Muhsin berkata:
"Malaikat yang dimaksudkan ialah "MALAIKAT RAHMAH", adapun Malaikat yang di utus mencatat amal, mereka selalu bersama manusia, hal yang terdapat dalam hadits ini tidak menghalangi mereka untuk selalu menyertai manusia, dan di dalam hadits ini mengandung peringatan supaya jangan terjatuh dalam perkara-perkara (haram) ini…, dan anjing dikecualikan daripadanya anjing-anjing yang diizinkan, iaitu anjing untuk berburu, penunggu tanaman, atau anjing penunggu haiwan ternakan…, dan gambar yang di maksud ialah gambar makhluk bernyawa, baik berbentuk patung maupun berbentuk gambar…"(Syarh Abu Dawud).





Berkata Al Mubarak Furi pemilik kitab Tuhfatul Ahwadzi:
"(Malaikat tidak masuk) yang dimaksudkan ialah "MALAIKAT RAHMAH", bukan "MALAIKAT HAFADZAH" (Yang sentiasa bersama kita dan mencatat segala perilaku kita) dan bukan "MALAIKAT MAUT" (Yang bertugas mencabut nyawa). Rumah yang dimaksudkan ialah tempat tinggal. Anjing kecuali anjing untuk berburu, penjaga ternak dan kebun, ada yang berpendapat "Anjing-anjing itu menghalangi juga, meskipun memeliharanya tidak terlarang". Gambar tamatsil yang dimaksudkan ialah "gambar" seperti dalam "Al QOMUSH" dan lainnya, ertinya "gambar manusia dan binatang".

Berkata Al Khothobi:
"Malaikat hanya tidak mau masuk rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar yang haram, adapun anjing yang tidak haram seperti anjing untuk berburu, penjaga kebun dan ternak dan gambar yang dihinakan seperti yang terdapat pada hamparan / tikar dan bantal serta lainnya maka tidak lah menghalangi masuknya Malaikat"

"Al Qodhi juga mengisyaratkan seperti yang dinyatakan oleh Al Khothobi, dan yang lebih tepat (ini Pendapat An Nawawi) mencakup seluruh jenis anjing dan gambar berdasarkan mutlaqnya berbagai hadits, dan oleh sebab "ANAK ANJING" yang di rumah Nabi SAW yang terdapat di bawah katil itu "tidak nampak", beliau tidak mengetahui ada anak anjing (di dalam rumahnya), namun ternyata Jibril tidak mau masuk rumah dengan alasan "ANAK ANJING" itu, maka seandainya ada gambar dan anjing yang tidak menghalangi masuknya "Malaikat" nescaya Jibril pun tidak terhalang."

Nabi SAW bersabda:


أتاني جبريل فقال : إني كنت أتيتك البارحة فلم يمنعني أن أكون دخلت عليك البيت الذي كنت فيه إلا أنه كان على الباب تماثيل و كان في البيت قرام ستر فيه تماثيل و كان في البيت كلب فمر برأس التمثال الذي في البيت فليقطع فيصير كهيئة الشجرة و مر بالستر فليقطع فيجعل وسادتين منبذتين توطئان و مر بالكلب فليخرج
"Jibril mendatangiku lalu berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu semalam dan tidak ada yang menghalangiku memasuki rumahmu melainkan di atas pintu ada beberapa patung, di dalam rumah ada kain tipis bergambar, serta ada anjing, maka perintahkan patung itu di potong kepalanya supaya menjadi seperti bentuk pohon dan perintahkan kain tipis penutup (dinding) itu dipotong lalu di jadikan dua bantal yang di sandari dan perintahkan dengan anjing supaya di keluarkan." (HR> Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Baihaqi dll, dishahihkan Albani dalam shahihul jami')

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Syarhul 'Umdah:
"Hadits-hadits ini menunjukkan bahwa Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya terdapat gambar baik di kain penutup, pakaian, dan yang lain, yang diberi keringanan ialah "gambar yang di injak (di hinakan) seperti hadits aisyah."

Ibnul Qoyyim berkata:
"Saya pernah mendengar beliau (Gurunya Syaikhul Islam) berkata perihal Sabda Nabi "Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar", "Bila Malaikat yang mereka adalah makhluk terhalangi oleh anjing dan gambar dari memasuki rumah, maka akankah masuk ma'rifatullah (mengenal Allah) Azza wa Jalla, Cinta kepadaNya, Manisnya Dzikir kepadaNya, serta senang mendekat kepadaNya di dalam hati yang dipenuhi oleh anjing-anjing Syahwat dan gambar-gambar syahwat…"(Tafsir Ibnul Qoyyim).

Monday, June 20, 2011

~ MENYINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI ~


Menyintai tidak semestinya memiliki...
Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu..
atau kau kepunyaan si dia...
kerana hakikatnya...
kita tidak pernah memiliki sesiapa
...
walau sekeping hati seorang insan
..

Tidakkah kau sedar..
hukum alam menyatakan
..
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
..
berlakon di pentas dunia
..
dan bertopeng menutup rahsia
..

Tetapi hati..
tidak pernah berdusta pada empunya
..
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..

Dia mengasihi hambaNya
..
Dia memiliki hambaNya
..
Dan ke pangkuan Dia kita kembali..


Tidakkah kau sedar..
mungkin si dia melafazkan..
ungkapan cinta padamu
..
tetapi hati dan perasaannya..
tidak pernah berniat begitu..
dia hanya berselindung
..
di sebalik sejuta alasan
..
Dan kau..
begitu jujur dan setia menyintainya
..
sehingga terlupa
..
h
ukum alam menyatakan..
menyintai tidak bermakna memiliki
..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...

dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
..
Yang Maha Esa
..
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
..
kecuali Dia..









~ DUHAI HATI ~

Andai hati boleh berkata-kata....
Akan terbongkarlah segala rahsia...
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata....
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa....


Rahsia hati...
Air mata ini sering mengalir...
Menahan hati dari terus berkata-kata...
Sakitkah engkau hati...
Kerana menyimpan rahsia ini...
Adakah aku yang zalim...
Kerana membiarkan rahsia hati....

Aduhai alangkah susahnya menahan rahsia ini....
Andai iman tiada, binasalah diri...
PadaNya jua aku berserah diri....
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi....
Jika dia bukan milikku nanti....

Kadang aku terfikir....
Ajaibnya hati ini....
Rahsianya tetap tiada berubah.....
Walau masa kian berlalu......
Rahsia tetap sama seperti dulu.....
Walau ramai yang menunggu.....
Dia tetap kepada yang satu....
Walau puas kupujuk.....
Dia enggan berlalu....
Akhirnya aku yang tewas olehnya.....

Duhai hatiku....
Maafkan aku menyeksa dirimu....
Bukan aku tidak mahu....
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku....
Dia bukan milik ku....
Ku harap kau tabah selalu....
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu....


Bersabarlah duhai hati....
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali...
Kemahuan itu usah diperduli....
Walaupun ia memakan diri....
Kerana ada ganjaran dari ILAHI.....
Di kemudian hari....
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini....
Ku harap kau mengerti...
Cintaku hanya untuk ILAHI....
Dialah yang layak dicintai....
Tuhan Rabbul 'Izzati.....
insyaAllah
Amin…



Tuesday, June 14, 2011

~ CINTA ITU INDAH MESKIPUN SUDAH TIADA ~

Kenapa dunia ni aku rasa sangat kejam, untuk aku merasakan cinta yang benar-benar cinta dalam hidup aku ini, namun semua itu tidak kesampaian. Aku bagaikan berada dalam dunia aku sendiri, penuh dengan khayalan semata-mata. Aku yakin ini semua permainan dan juga sandiwara manusia yang tidak mengenali erti cinta yang sebenar termasuk aku. Banyak benda yang aku lakukan untuk memastikan si dia menjadi milik aku. Tapi semua usaha dan penat lelah aku tidak berbalas dengan pekara yang seperti aku inginkan. Adakah kebaikan aku ini tidak mampu untuk mengerak kan hati kecil si dia agar mengetahui kewujudan aku disisinya??
Alangkah menyakitkan, kalau tiba2 kita sadar bahwa kita tak dapat bersamanya. Untuk selamanya. Awalnya, agak terlalu terasa, perpisahan yang secara perlahan terjadi. Perlahan tapi pasti interaksi komunikasi semakin berkurang. Yang tadinya sehari 3 kali, menjadi dua kali, setelah itu sekali, dua hari sekali, tiga hari sekali…dan akhirnya aku pelan2 sedar tapi pasti semuanya sudah berakhir.

Dan sekarang baru terasa pedih,
sekarang baru terasa sepi
dan sekarang baru terasa sedihnya kehilangan dia.

Tapi ..
cinta itu indah…
Meskipun ada banyak halangan,
mekipun ada banyak cubaan & dugaan,
meskipun ada banyak rintangan,
meskipun ada banyak tanjakan ,
meskipun ada banyak tembok tebal,
bahkan meskipun akhirnya menemukan kegagalan..

Aku bicara tentang cinta yang indah…
Tanpa kebencian…
Tanpa kemarahan…
Tanpa dendam…

Aku bicara tentang cinta yang indah…

Meskipun….
Ketika disitu ada kesedihan..
Ketika disitu ada esak tangis..

Ketika disitu ada air mata
Ketika disitu ada kepedihan..
Bahkan ketika disitu juga ada penderitaan..

Cinta itu indah……

Meskipun..

Ketika kami merasa keempat2 tangan kami tak mampu lagi memeluk..

Ketika dua puluh jari kami tak mampu lagi memegang..

Ketika keempat lengan kami tak mampu lagi merangkul..

Ketika keempat telapak kaki kami tak mampu menjejak


Cinta itu sangat indah…

Disaat keluar kata2 :

“ Aku menyintaimu abadi…selamanya..”
“Aku menyintaimu meskipun tak ada didekatmu..’
“ Aku menyintaimu meskipun tak memilikimu..”

Cinta itu teramat sangat indah…

Ketika saling menghibur disaat akan berpisah..

Ketika saling menyokong supaya tabah , kuat dan tawakkal..

Ketika saling mengerti bahawa bakti itu diatas segalanya..

Ketika saling menatap mesra…


disaat akan pergi..

Meskipun…

sekarang kami sendirian…

Tapi hati kami satu..
Meskipun kami terpisah…
Tapi perasaan kami sama..

Meskipun tubuh kami berjauhan..
Tapi batin kami berdekatan..

Meskipun dilubuk hati ada kepedihan yang menghunjam…

Tapi disana ada juga kebahagiaan…


Betapa tidak….

Kita akan sangat bahagia,

ketika kita tau
Orang yang sangat kita cintai,
Ternyata cintanya lebih besar dari apa yang kita bayangkan

Cinta itu indah…
Kerana disitu ada kebahagiaan , penderitaan, hiburan,…
Meskipun tanpa harapan….




~ MANUSIA DAN CINTA ~

Manusia akan merasa bahagia
bila ia mampu membuka mata,

untuk menyedari bahawa ia memiliki
berbagai hal yg bererti....


Manusia mampu bahagia
bila ia mahu membuka mata hati,

untuk menyadari betapa ia di cintai....

Manusia mampu bahagia bila ia mahu membuka diri.
Agar orang lain mampu mencintainya dengan tulus...

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati.
Berusaha meraih yang tidak dapat diraih...
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,
tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada...

Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri,
tidak sedar bahawa ia begitu dicintai,
tidak sedar bahawa saat ini apa yang ada adalah baik,
selalu berusaha meraih lebih,
dan tidak mahu sedar kerana serakah...


Ada orang yang begitu mencintai, tapi tidak diindahkan.
Kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri.
Memilih teman dan mencari-cari,
padahal di depan mata ada teman sejati.
Telah memiliki segala yang terbaik,
namun serakah, ingin diri sendiri yang paling diperhatikan.

Dicintai oleh satu orang, belum tentu oleh orang lain.
Kebahagiaan bersumber dari diri kita sendiri...

Jikalau berharap dari orang lain,
maka bersiaplah untuk ditinggalkan,
bersiaplah untuk dikhianati.

Kita akan bahagia bila kita mampu menerima diri seadanya.
Mencintai dan menghargai diri sendiri,
mahu mencintai orang lain,
dan mau menerima orang lain.


Percayalah kepada Yang Maha Kuasa,
dan bersyukurlah kepada-Nya,
bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai
dengan usaha kita.

Tak perlu berkeras hati.
Kerana Tuhan akan memberi kita disaat yang tepat
pada saat kita memerlukannya.

Meskipun bukan hari ini,
namun masih ada hari esok.





~ DOAKU UNTUKMU ~

YA ALLAH..YA RAHMAN...YA RAHIM...
Aku berdoa untuk bapaku ABDUL KADIR BIN AHMAD


Seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian dari hidupku,
Seorang lelaki yang mengajarkanku bagaimana untuk mcintaiMu,
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku,
Seorang lelaki yg meletakkn namaku dlm lantunan doanya untukMu,
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri,
tetapi juga untuku,Mama,abang2,kakak2,adik2ku & untukMu,
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan & kekuranganku,
Seorang lelaki yang memerlukn senyumku untuk mengatasi sedihnya,
Seorang lelaki yang memerlukn sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku disaat aku khilangan arah,
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,
Seorang lelaki yang selalu mengingatknku akan mimpi besarku,
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku,
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu,

Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kpdnya untuk melewati dugaanMu,
agar dia mampu bangkit setiap kali badai menerpa,
Berikanlah dia kehidupan yang mulia,
sehingga dia dpt memuliaknMu,

Berikanlah dia hati yang ikhlas & kuat menerima amanah2Mu
Berikanlah dia dada yang lapang,
sehingga dia dpt sabar dalam mendidik anak titipan dariMu,
Berikanlah dia umur yang berkah,
sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Ya Allah...
Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.
dan bagilah keistimewaan syurga terhadap bapa dan mama kami

Ya Allah.
Jadikanlah aku, adik2ku, abang2ku, kakak2ku
dan 2 orang cucunya anak yang soleh & solehah,
sehingga kami dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuknya
semoga hidup kami bersendikan agama,
berpaksikan keimanan,
bertunjangkan kasih dan sayang.
Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul
dan cinta pula kepada mama dan bapa kami.


YA ALLAH...
aku bersujud dan memohon hanya kepadaMu
Engkau perkenankanlah doa hambaMu ini...
Amin...amin...amin ya rabb alamin

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.”(QS. Al-baqarah : 286)

“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka amalnnya terputus, kecuali 3 macam, yaitu : harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang mendoakan dirinya” (HR Muslim)


~ SAHABAT SELAMANYA ~





Ya Allah…
Dlm pjalanan kehidupan ini tlh Engkau jadikan bagiku sorang teman.

Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.

Aku tetapkn baginya 1 peraturan yg hnya Allah yg akn mnentukan segalanya.


Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku

dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu

dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayan
g.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu

dan berubahnya kesejahteraanMu

dan mendadaknya seksaMu
dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu

tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah.

Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
bagi pihaknya
dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya,

sebaik-baik kejayaannya
dan sebaik-baik pahala baginya.

Tetapkanlah untuknya,
beratkanlah timbangan kebaikannya.

Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya,
terimalah solatnya
dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah,

aku bmohon baginya kepadaMu
tingkat yang tinggi di syurga.

Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Aku bmohon baginya
jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya
dan rela kepadaMu dgn sgala kmampuan dirinya seluruhnya.

jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal pbuatannya seluruhnya hnyalh utk mcari keredhaanMu.


Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau.

Hanya kepadaMu aku bertawakal.

Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.




Monday, June 13, 2011

~ SELAMAT DATANG KE DUNIA SAYANGKU ~


Berkat kesabaran selama 2 tahun menunggu cahaya mata & percaya kepada rezeki yang Allah kuniakan tanggal 29 Mei 2011 merupakan tarikh keramat yang paling istimewa bagi dua insan ini yang buat pertamanya bergelar ayah & ibu...Ridwan Abdul Kadir & Norazah Mohd Mastor..

Syukur Alhamdulillah..genap 9 bulan & beberapa hari dengan kuasa Allah SWT, tepat jam 9.20 malam puteri kecil ini keluar dari perut ibunya untuk menjadi umat Muhammad SAW dengan berat 2.90 kg..



Selamat datang ke dunia, anakku ADIBAH SYAHIRAH. Adibah bermaksud berpengetahuan dan beradab manakala Syahirah pula bermaksud terkenal dan ternama..Nama yang terbaik dari orang-orang terbaik yang akan menyelamatkan jiwamu, ayah & ibumu kelak. Maka jadilah kau putri yang cantik rupa, hati, dan akhlak...

Sayangku...Mummy nona doakan semoga Adibah Syahirah Bte Ridwan menjadi anak yang baik dan solehah kepada orang tua & keluarga...

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

ROBBI AWZI’NI AN ASYKURO NI’MATAKALLATI AN ‘AMTA ‘ALAYYA. WA ‘ALA WAALIDAYYA WA AN A’MALA SHOLIHAN TARDHOH, WA ASHLIH LII FI DZURRIYATIY” ....amin

(Wahai Robbku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau karuniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal sholeh yang Engkau ridhoi dan perbaikilah keturunanku) (QS. Al Ahqof:15)


Wednesday, June 8, 2011

~ KELEBIHAN DOA & ZIKIR ~


  • Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
  • Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.
  • Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
  • Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang memisahkannya dengan Allah.
  • Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat. Semakin banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.
  • Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.
  • Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah iaitu sebagaimana firman- Nya; “Kerana itu, iangatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu...” (Surah al-Baqarah, 2: 152)
  • Menjadikan hati sentiasa hidup. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Zikir bagi hati adalah ibarat seperti air dengan ikan. Maka apakah yang akan terjadi kepada ikan tersebut sekiranya ia dipisahkan dengan air?”
  • Zikir merupakan santapan hati dan rohani. Jika hati dan roh kehilangan makanannyamaka samalah ia dengan badan yang tidak mendapatkan bekalan zat nutriennya. Pada suatu masa, kami (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah) menemui Ibnu Taimiyyah yang sedang melaksanakan Solat Fardhu Subuh. Selepas solat, dia berzikir kepada Allah sehingga hampir pertengahan siang. Pada ketika itu, beliau menoleh kepadaku lalu berkata, “Inilah santapanku. Sekiranya aku tidak mendapat santapan ini, kekuatanku akan hilang.” Syaikhuil Islam Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata kepada kami, “Aku tidak akan meninggalkan zikir, melainkan dengan niat memang itulah yang dikehendaki oleh jiwaku atau kerana aku ingin berehat. Bagiku berehat ini adalah persiapan untuk melakukan zikir
    yang berikutnya”.
  • Membersihkan hati dari kekotoran. Kekotoran hati yang dimaksudkan adalah lalai dan bergelumangnya dengan hawa nafsu. Maka, cara untuk membersihkannya adalah dengan bertaubat dan memperbanyakkan istighfar.
  • Menghilangkan kerisauan dan ketidakyakinan dalam mentaati Allah. Orang yang lalai, dia sering mengalami kerisauan terhadap soal hubungannya dengan Allah. Maka, kerisauan itu dapat dihilangkan dengan melaksanakan ibadah zikir.
  • Takbir, tasbih, tahmid, dan tahlil yang diucapkan oleh seseorang di waktu dia berzikir, dapat membantu dirinya di waktu kesusahan. Ini adalah kerana Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang beriman dan melaksanakan amal-amal yang soleh.
  • Seseorang yang mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara berzikir di waktu senang, akan menjadikannya sentiasa mengingati Allah walau bagaimana pun keadaannya di waktu susah.
  • Amalan berzikir kepada Allah mampu menjadi benteng yang manpan dari pelbagai keburukan dunia dan akhirat. Ia juga mampu menyelamatkan diri seseorang dari azab Allah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Mu’az bin Jabal radhiyallahu ‘anhu sebagaimana yang dia fahami daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:
    “Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam yang mampu
    menjaminnya dari dikenakan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala, selain dari
    berzikir kepada-Nya.”
  • Memberikan ketenangan dan penyebab datangnya rahmat. Orangorang yang berzikir juga dia akan dikelilingi oleh para malaikat, sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam di dalam hadisnya.
  • Zikir juga dapat membantu pengamalnya dari melakukan perkaraperkara lisan yang dilarang seperti ghibah (mengumpat), berdusta, menghasut, mengata, dan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.
  • Majlis Zikir merupakan majlis para malaikat, manakala majlis yang melalaikan serta permainan adalah merupakan majlis Syaitan. Seseorang muslim perlulah memilih mana yang lebih dia gemari dan lebih utama. Kerana dengan memahami sesuatu amalan berdasarkan mana yang lebih penting dan utama, maka begitulah dia menentukan tempatnya di dunia dan di akhirat.
  • Malaikat sentiasa memohonkan keampunan kepada Allah bagi orangorang yang berzikir. Dengan berzikir juga ia akan menghindarkanseseorang muslim itu dari sifat nifaq.

Thursday, June 2, 2011

~ TAUBAT PENCURI KAIN KAPAN ~


Diceritakan bahawa Abdurrahman bin Ghannam Al-Daws mengatakan bahawa Muaz bin Jabal pernah menemui Rasulullah SAW dalam keadaan menangis teresak-esak. Dia mengucapkan salam kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab. Baginda kemudiannya bertanya : “ Apakah yang membuat kamu menangis wahai Muaz?” Muaz menjawab : “ Ya Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda yang bersih badannya, putih wajahnya, tampan orangnya, sedang menangis seperti menangis anak kecil yang kehilangan ibunya. Dia ingin menemuimu ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata : “ Suruhlah pemuda itu masuk wahai Muaz.” Muaz pun membawa pemuda itu masuk menjumpai Rasulullah dan mengucapkan salam kepadanya. Rasulullah pun menjawab salam itu dan berkata : “ Apakah yang telah membuatkan kamu menangis wahai pemuda?” Pemuda itu menjawab : “ Bagaimanakah aku tidak menangis, sedang aku telah banyak membuat dosa. Kalau sahaja Allah membalas sebahagian daripada dosa itu, pasti aku dimasukkanNYA ke dalam api neraka. Aku dapat merasakan bahawa Allah akan membalas segala dosaku dan tidak akan mengampuniku selamanya.”

Rasulullah SAW bertanya : “ Adakah engkau telah mempersekutukan Allah?”
Pemuda itu menjawab : “ Aku berlindung kepada Allah, aku tidak pernah mempersekutukanNYA dengan sesuatu apapun.”

Rasulullah bertanya lagi : “ Adakah engkau telah membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”
Pemuda itu menjawab : “ Tidak.”

Rasulullah berkata : “ Allah mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar gunung yang menjulang ke langit.”

Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, dosaku lebih besar dari gunung itu.”

Rasulullah berkata : “ Allah akan mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar tujuh bumi serta lautan, pasir , pohon dan segala yang ada padanya.”

Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”

Rasulullah berkata : “ Allah akan tetap mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar langit, bintang dan KursiNYA.” Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”

Mendengar ungkapan daripada pemuda itu, maka muka Rasulullah menjadi merah kerana marah dan kemudiannya baginda berkata: “ Celakalah engkau wahai pemuda, apakah dosa-dosamu yang lebih besar itu?”
Maka tersungkurlah pemuda itu sambil berkata : “ Subhanallah, Tuhanku. Tidak ada sesuatupun yang lebih besar daripada Engkau.”

Rasulullah berkata : “ Wahai pemuda yang celaka, beritahulah kepadaku salah satu dosa yang telah engkau lakukan.”

Maka pemuda itu pun menceritakan tentang dosa yang telah dilakukannya : “ Dahulu, selama tujuh tahun, pekerjaanku adalah menggali kubur dan mengeluarkan mayatnya. Kemudian,aku ambil kain kafannya. Pada suatu hari, ada seorang anak gadis daripada golongan Ansar meninggal dunia. Setelah ia dimasukkan ke dalam kubur, pada malam harinya aku mendatangi kubur itu. Aku menggali dan mengambil kain kafannya. Kemudian, aku tinggalkannya dalam keadaan telanjang di tepi kuburnya, lalu aku pulang ke rumah.

Setelah aku sampai ke rumahku, pada waktu itu datang syaitan yang merayuku supaya aku menggauli mayat anak gadis itu dan akhirnya aku kembali kepadanya. Aku tidak dapat menahan nafsuku sampai aku bersetubuh dengannya. Setelah selesai hajatku, aku meninggalkannya di tepi kubur itu. Ketika aku ingin berangkat pulang ke rumahku, tiba-tiba aku mendengar satu suara : “ Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan hisab pada hari kiamat, sebagaimana engkau telah berbuat buruk kepada diriku. Engkau meninggalkan aku dalam keadaan telanjang di tengah-tengah orang yang mati. Engkau keluarkan aku dari dalam kuburku. Engkau lepaskan kain kafanku dan engkau meninggalkan aku dalam keadaan junub sampai hari hisab nanti. Celakalah engkau wahai pemuda. Tempatmu adalah di neraka.
Setelah itu, aku tidak pernah mengira untuk mencium bau syurga untuk selama-lamanya. Lalu, bagaimanakah pendapatmu wahai Rasulullah?”

Maka, dengan perasaan marah Rasulullah berkata : “ Pergilah engkau dari sisiku wahai orang fasik. Aku takut akan terbakar bersama api yang membakarmu. Alangkah dekatnya dirimu dengan api neraka.”

Setelah mendengar kata-kata daripada Rasulullah, maka pemuda itu pun meninggalkan baginda. Kemudian, dia mengambil bekalan dan mengarahkan perjalanannya menuju ke gunung. Pemuda itu beribadah dan tinggal di sana. Dia selalu menggantungkan tangannya pada lehernya. Dia menangis sambil berdoa, merendahkan diri di hadapan Allah. Dia berkeadaan demikian sehingga empat puluh hari lamanya.

Setelah itu, dia menadah tangannya ke langit sambil berkata : “ Ya Allah, tidakkah Engkau dapat melakukan sesuatu untuk memenuhi hajatku? Jika Engkau mengabulkan doaku, maka ampunilah segala kesalahanku dan berilah wahyu kepada RasulMU. Jika Engkau tidak mengabulkan doaku dan tidak mengampunkan dosaku, dan Engkau ingin memberi hukuman kepadaku, maka segerakanlah hukuman itu. Bakarlah diriku sekarang ini dengan api atau berikanlah aku seksaan yang menghancurkan diriku di dunia ini. Akan tetapi, selamatkanlah aku dari sengsara di akhirat nanti.”

Lalu, Allah menurunkan wahyuNYA kepada Rasulullah SAW yang maksudnya :

“ Orang-orang yang telah mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Maka, siapa lagi yang dapat mengampuni mereka selain daripada Allah? Selepas itu, mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka mengetahui. Mereka itu mendapat keampunan daripada Allah dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” ( Al-Imran:135-136)

Ketika ayat ini diturunkan kepada Rasulullah, baginda lalu keluar dan membacanya sambil tersenyum. Baginda seterusnya meminta para sahabat menunjukkan tempat pemuda itu bertaubat. Bersama para sahabat, baginda pergi ke tempat itu. Tiba-tiba, mereka melihat pemuda itu sedang berdiri di atas batu sambil meletakkan kedua belah tangannya pada lehernya. Wajahnya kelihatan hitam, bulu matanya gugur disebabkan terlalu banyak menangis. Rasulullah mendekati pemuda itu. Baginda melepaskan tangannya dari lehernya dan membersihkan debu-debu yang menempel di kepalanya lantas bersabda, “ Aku ingin memberikan khabar gembira buatmu. Sesungguhnya engkau telah dibebaskan oleh Allah daripada azab api neraka.”

Sesungguhnya, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Jika kita berbuat salah dengan manusia, belum tentu manusia itu masih sudi untuk memaafkan kesilapan kita. Akan tetapi, yakinlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan menghampakan kita bilamana kita memohon keampunan kepadaNYa.

Sebagai manusia biasa yang terkenal dengan sifat pelupanya, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak kira sama ada ia adalah satu hal yang besar atau sebaliknya. Jadi, perlulah bagi kita untuk sentiasa bertaubat kepada Allah dan selalu memperbaharui iman kita. Bersangka baiklah dengan Allah dan pohonlah keampunan hanya padaNYa. Moga cerita yang dilampirkan dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.