Friday, December 23, 2011
~ RENUNGAN BERSAMA: MALAM PERTAMA ~
Tuesday, November 8, 2011
~ RINDU AYAH ~
Anak: Ayah...ayah.. boleh nona tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Nona menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi nona pinjam 10 ringgit dari ayah?
"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Nona tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni nona kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.Nona minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab nona tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang nona dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Nona nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Nona nak ayah balik kerja awal esok. Nona rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas nona tanpa memandang wajah ayahnya...
Friday, June 24, 2011
~ REZEKI SI PENGHANTAR PIZZA ~
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas,sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?" Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza"...
HUHHH untungnya dia...
Thursday, June 2, 2011
~ TAUBAT PENCURI KAIN KAPAN ~

Diceritakan bahawa Abdurrahman bin Ghannam Al-Daws mengatakan bahawa Muaz bin Jabal pernah menemui Rasulullah SAW dalam keadaan menangis teresak-esak. Dia mengucapkan salam kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab. Baginda kemudiannya bertanya : “ Apakah yang membuat kamu menangis wahai Muaz?” Muaz menjawab : “ Ya Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda yang bersih badannya, putih wajahnya, tampan orangnya, sedang menangis seperti menangis anak kecil yang kehilangan ibunya. Dia ingin menemuimu ya Rasulullah.”
Rasulullah berkata : “ Suruhlah pemuda itu masuk wahai Muaz.” Muaz pun membawa pemuda itu masuk menjumpai Rasulullah dan mengucapkan salam kepadanya. Rasulullah pun menjawab salam itu dan berkata : “ Apakah yang telah membuatkan kamu menangis wahai pemuda?” Pemuda itu menjawab : “ Bagaimanakah aku tidak menangis, sedang aku telah banyak membuat dosa. Kalau sahaja Allah membalas sebahagian daripada dosa itu, pasti aku dimasukkanNYA ke dalam api neraka. Aku dapat merasakan bahawa Allah akan membalas segala dosaku dan tidak akan mengampuniku selamanya.”
Rasulullah SAW bertanya : “ Adakah engkau telah mempersekutukan Allah?”
Pemuda itu menjawab : “ Aku berlindung kepada Allah, aku tidak pernah mempersekutukanNYA dengan sesuatu apapun.”
Rasulullah bertanya lagi : “ Adakah engkau telah membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”
Pemuda itu menjawab : “ Tidak.”
Rasulullah berkata : “ Allah mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar gunung yang menjulang ke langit.”
Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, dosaku lebih besar dari gunung itu.”
Rasulullah berkata : “ Allah akan mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar tujuh bumi serta lautan, pasir , pohon dan segala yang ada padanya.”
Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”
Rasulullah berkata : “ Allah akan tetap mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar langit, bintang dan KursiNYA.” Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”
Mendengar ungkapan daripada pemuda itu, maka muka Rasulullah menjadi merah kerana marah dan kemudiannya baginda berkata: “ Celakalah engkau wahai pemuda, apakah dosa-dosamu yang lebih besar itu?”
Maka tersungkurlah pemuda itu sambil berkata : “ Subhanallah, Tuhanku. Tidak ada sesuatupun yang lebih besar daripada Engkau.”
Rasulullah berkata : “ Wahai pemuda yang celaka, beritahulah kepadaku salah satu dosa yang telah engkau lakukan.”
Maka pemuda itu pun menceritakan tentang dosa yang telah dilakukannya : “ Dahulu, selama tujuh tahun, pekerjaanku adalah menggali kubur dan mengeluarkan mayatnya. Kemudian,aku ambil kain kafannya. Pada suatu hari, ada seorang anak gadis daripada golongan Ansar meninggal dunia. Setelah ia dimasukkan ke dalam kubur, pada malam harinya aku mendatangi kubur itu. Aku menggali dan mengambil kain kafannya. Kemudian, aku tinggalkannya dalam keadaan telanjang di tepi kuburnya, lalu aku pulang ke rumah.
Setelah aku sampai ke rumahku, pada waktu itu datang syaitan yang merayuku supaya aku menggauli mayat anak gadis itu dan akhirnya aku kembali kepadanya. Aku tidak dapat menahan nafsuku sampai aku bersetubuh dengannya. Setelah selesai hajatku, aku meninggalkannya di tepi kubur itu. Ketika aku ingin berangkat pulang ke rumahku, tiba-tiba aku mendengar satu suara : “ Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan hisab pada hari kiamat, sebagaimana engkau telah berbuat buruk kepada diriku. Engkau meninggalkan aku dalam keadaan telanjang di tengah-tengah orang yang mati. Engkau keluarkan aku dari dalam kuburku. Engkau lepaskan kain kafanku dan engkau meninggalkan aku dalam keadaan junub sampai hari hisab nanti. Celakalah engkau wahai pemuda. Tempatmu adalah di neraka.
Setelah itu, aku tidak pernah mengira untuk mencium bau syurga untuk selama-lamanya. Lalu, bagaimanakah pendapatmu wahai Rasulullah?”
Maka, dengan perasaan marah Rasulullah berkata : “ Pergilah engkau dari sisiku wahai orang fasik. Aku takut akan terbakar bersama api yang membakarmu. Alangkah dekatnya dirimu dengan api neraka.”
Setelah mendengar kata-kata daripada Rasulullah, maka pemuda itu pun meninggalkan baginda. Kemudian, dia mengambil bekalan dan mengarahkan perjalanannya menuju ke gunung. Pemuda itu beribadah dan tinggal di sana. Dia selalu menggantungkan tangannya pada lehernya. Dia menangis sambil berdoa, merendahkan diri di hadapan Allah. Dia berkeadaan demikian sehingga empat puluh hari lamanya.
Setelah itu, dia menadah tangannya ke langit sambil berkata : “ Ya Allah, tidakkah Engkau dapat melakukan sesuatu untuk memenuhi hajatku? Jika Engkau mengabulkan doaku, maka ampunilah segala kesalahanku dan berilah wahyu kepada RasulMU. Jika Engkau tidak mengabulkan doaku dan tidak mengampunkan dosaku, dan Engkau ingin memberi hukuman kepadaku, maka segerakanlah hukuman itu. Bakarlah diriku sekarang ini dengan api atau berikanlah aku seksaan yang menghancurkan diriku di dunia ini. Akan tetapi, selamatkanlah aku dari sengsara di akhirat nanti.”
Lalu, Allah menurunkan wahyuNYA kepada Rasulullah SAW yang maksudnya :
“ Orang-orang yang telah mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Maka, siapa lagi yang dapat mengampuni mereka selain daripada Allah? Selepas itu, mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka mengetahui. Mereka itu mendapat keampunan daripada Allah dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” ( Al-Imran:135-136)
Ketika ayat ini diturunkan kepada Rasulullah, baginda lalu keluar dan membacanya sambil tersenyum. Baginda seterusnya meminta para sahabat menunjukkan tempat pemuda itu bertaubat. Bersama para sahabat, baginda pergi ke tempat itu. Tiba-tiba, mereka melihat pemuda itu sedang berdiri di atas batu sambil meletakkan kedua belah tangannya pada lehernya. Wajahnya kelihatan hitam, bulu matanya gugur disebabkan terlalu banyak menangis. Rasulullah mendekati pemuda itu. Baginda melepaskan tangannya dari lehernya dan membersihkan debu-debu yang menempel di kepalanya lantas bersabda, “ Aku ingin memberikan khabar gembira buatmu. Sesungguhnya engkau telah dibebaskan oleh Allah daripada azab api neraka.”
Sesungguhnya, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Jika kita berbuat salah dengan manusia, belum tentu manusia itu masih sudi untuk memaafkan kesilapan kita. Akan tetapi, yakinlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan menghampakan kita bilamana kita memohon keampunan kepadaNYa.
Sebagai manusia biasa yang terkenal dengan sifat pelupanya, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak kira sama ada ia adalah satu hal yang besar atau sebaliknya. Jadi, perlulah bagi kita untuk sentiasa bertaubat kepada Allah dan selalu memperbaharui iman kita. Bersangka baiklah dengan Allah dan pohonlah keampunan hanya padaNYa. Moga cerita yang dilampirkan dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.
Friday, April 29, 2011
SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA

Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”
Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Tuesday, April 26, 2011
MANGKUK, MADU & RAMBUT
Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.
Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu,dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk
yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Thursday, October 14, 2010
GAGAK....BAPAK....ANAK
Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.
Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"
Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".
Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.
"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".
Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.
Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."
Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."
Tuesday, October 12, 2010
2 PERKARA IBLIS KEHAIRANAN TERHADAP MANUSIA
Iblis menjawab, “Ya Tuhanku! Demi kemuliaanMu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya.”
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”Kata iblis, “Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu
Pertama: Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar.
Kedua: Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”
Allah berfirman, “Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaanKu, Aku akan berikan pada umat Muhammad dua kebahagiaan iaitu, pertama: Kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa diatas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu. Kedua: Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan.” Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat yang amat disayangi oleh Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "
"
Saturday, July 31, 2010
~ SEKADAR RENUNGAN ~
Berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah SWT. Bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi bintik-bintik hitam umpama jeragat dimuka dengan 'keharuman' yang tersendiri. Hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yang kita laung-laungkan. Sedangkan Islam amat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian.
Manakala ada juga dikalangan kita yang berhias sakan apabila ber'dating', tapi bila masa mengadap Allah SWT hanya berkain pelikat tanpa berbaju pula. Tidak timbul pun sedikit rasa malu dihati kita bila berpakaian demikian ketika sembahyang. Sembahyang seolah-olah menjadi perkara ringan dalam hidup kita. Sedangkan di zaman Rasulullah SAW ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan ada dikalangan sahabat yang gementar tubuh mereka apabila ingin menunaikan tanggungjawab ini. Jauh berbeza dengan kita hari ini yang hanya bersembahyang mi maggie, dua minit dah siap.
Oleh renung-renungilah diri kita, ibadat kita demi kebahagian di sana. ..."Dunia ini adalah umpama tanam-tanaman untuk akhirat"...
~ RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN ~
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."
Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!". Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218)
Saturday, July 24, 2010
~ MALAIKAT DI RUMAHMU~
ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana,saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." "Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia." "Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa." "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya." "Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi." "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu." Saat itu Surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan,
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? "Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu." Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
Thursday, July 22, 2010
~ DETIK-DETIK RASULULLAH SAW MENJELANG SAKRATUL MAUT ~
Pagi itu, Rasulullah dengan suara lemah berkata, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cepat menyambut Rasulullah yang terjatuh saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau boleh. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayah, sepertinya ia baru sekali ini ku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril.
Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril berpaling muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. " Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, pupuslah kembang hidup manusia mulia itu. Kini, mampukah kita mencinta sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
:: kisah ini dipetik dari sebuah blog...maafkan sy kerana mengambil tanpa kebenaran anda..tp saya berniat untuk mengongsikannya dengan umat islam yang lain...semoga ianya memberi keinsafan kepada sesiapa yg membacanya...Amin Ya Rabb Alamin
