Tuesday, May 31, 2011

~PAGAR DIRI DARI SIHIR & ILMU HITAM~

Pagar Pertama - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati

sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)



Pagar Kedua - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)


Pagar Ketiga - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).


Pagar Keempat - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).


Pagar Kelima - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.


Pagar Keenam - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku inike atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Pagar Ketujuh - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

~ BINGKISAN BUAT INSAN BERGELAR "GADIS" ~


Gadisku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sangkumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Gadisku,

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATLAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk meliaht sesuatau yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.WANITA SOLEHAHyg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu.Lebih-lebih lagi dgn title gadisyg engkau miliki,sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akamn memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,

Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,

Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana, KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.Cintailahdirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul CINTADAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,

Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI


Monday, May 30, 2011

~ CINTA ITU SATU ANUGERAHNYA ~

Cinta itu satu anugerahNya
Cinta itu juga ada padaNya
Cinta itu juga sentiasa milikNya
Bagaimana untukku mendapatkan cintaNya

bagaimana pula cinta sesama insan
wajarkah aku menepis kesemua cinta insan yang hadir
bagaimana harus kupilih yang mana satu cinta insan
yang perlu aku terima..

memang payah persoalan mengenai cinta...


Rasa ini..
Semakin kuat aku hindari
Semakin kuat ia menghampiri

Ya Hanan..
Pimpinlah setiap rasa ini agar tidak lari dari batas murkaMu
Janganlah sesekali kerana rasa ini aku alpa akan cintaMu
Pimpinlah rasa ini Ya Rahman
Agar aku masih terus menerus menagih rinduMu

Rasa ini
Aku harap ia tidak mengundang retak
Ke atas ketulusan cintaku kepadaMu

Ya Al-Karim…
Adakah dengan hadirnya rasa ini Kau masih merenungku
Dalam setiap sujudku
Adakah kau masih memandangku dengan pandangan rahmatMu
Adakah…adakah Kau masih mahu menyayangiku

Ah…mengapa aku meragui kasih dan cintaMu
Sewajarnya aku yakin akan semua itu
Kerana Dikau Ar-Rahman..Ar-Rahim..Al-Ghaffur..
Semua janjimu ada dalam kitab itu..
Kitab suci yang sentiasa menghubungkanMu
dengan insan-insan mukmin pilihanMU..
Aku terlupa lagi…astaghfirullahalazim..
Adakah kerana rasa ini yang membuatkan aku begini???
Bersalahkah rasa ini menghantuiku…
Payah untukku menjawab….bingung…

Ya Al-Wahhab…
Tiada dayaku untuk menolak rasa ini
Tanpa nusrahMu dan redhaMu
Namun andai rasa sayang sesama insan ini
Adalah terbaik untukku dan agamaMu
Aku pasrah dan berserah kepadaMu
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untukku…

Cuma satu pintaku Ya Muhaimin…
Jangan sesekali kau biarkan aku lalai dan alpa dengan cinta hambaMu
Janganlah sesekali kau biarkan aku menentukan sendiri haluan hidupku
Aku masih dan akan tetap terus memerlukan pimpinanMu
Bantulah aku Ya Al-Wafi…jangan dibiarkan aku tanpa pimpinanMu
Pimpinlah aku dalam setiap gerak rentakku
Agar sentiasa di bawah redhaMu….

Ya Al - Latif…Ya Al-Kafi…
Aku pohon kepadaMu dengan sebenar-benar permohonan
Tingkatkanlah kecintaan aku dan dia terhadapMu
Dalam setiap detikan rindu antara kami…
Eratkanlah tautan hati kami bersama-sama dengan rahmat dan kasih sayangMu

Ya Al-Hafiz…
Aku mohon kepadaMu…
Tanpa sebarang kalam dan ungkapan bicara
Hadirkanlah rasa cinta ini…rindu ini..terus ke hatinya
Hadirkanlah rasa itu ke hatinya seandainya disitu ada redhaMu
Jadikanlah rasa itu satu penyuntik semangat perjuangannya di jalanMu
Pendorong untuknya lebih menyintaiMu

Cukuplah sekadar bicara sufi menjadi cara hubungan kami
Cukuplah mengadapMu setiap malam hari menjadi pertemuan bersama kami
Untuk ketika ini…
Ketika sebarang lafaz sah belum mengikat kami…
Sekali lagi Ya Ar-Rahman..
Hadirkanlah rasa ini terus ke hatinya
Jika di situ ada redhaMu..
Seandainya sebaliknya….
Pimpinlah daku agar rasa cinta,kasih sayang dan rindu ini
Tidak mengundang murkaMU
Pimpinlah kami agar ikatan ini terus mendapat redha dan pimpinanMu..

Dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah…

Wednesday, May 25, 2011

~ PAKAIAN SEKSI WANITA: SUATU HAK KEBEBASAN PERIBADI????~


Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur
dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendengar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut, telinga dan terbuka dada, berseluar ketat, bertshirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Hak kebebasan yang dijamin perlembagaan? Tidak boleh campuri urusan orang lain?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, seketul jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) Cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) Cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 'think big', 'ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/



~ 50 TIPS PIKAT LELAKI ~

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.



8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Bersopan santun apabila berinteraksi.

11. Jaga cara pemakaian anda, kenalah sopan dan menarik.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.



15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Berjalan dengan cara yang sopan dan ayu, pasti dia terpikat.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Jagalah keterampilan agar nampak anggun dan kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.



43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

~ SEBAB LELAKI TAKUT BERKAHWIN ~

Bertanggapan bahawa komitmen jangka panjang (perkahwinan) akan menjejaskan hubungan mereka dgn orang lain.

Tidak akan lagi dapat menjadi bebas seperti zaman bujang.Bimbang segala aktiviti mereka akan dipantau oleh isteri.

Bercerai !!! merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki (bukan org pompuan jerr yg takut perceraian).

Trauma - kesan/impak daripada pengalaman masa lampau mereka, seperti pernah berlaku perceraian antara ibu bapa dan anak anak mengalami kemurungan (depression), ataupun melihat konflik atau kegagalan rumahtangga orang-orang lain yang terdekat dgn mereka.

Bimbang dan takut apabila sudah berkahwin,mereka akan jatuh cinta lagi dgn perempuan lain.(ini kes masih ragu2 dgn kekasih dan tiada keyakinan diri).

Malas dan takut untuk memimpin rumahtangga, menguruskan urusan dalam rumahtangga seperti perbelanjaan,anak anak, dsb.

Bosan!!! mereka beranggapan bahawa berkahwin akan menyebabkan mereka perlu melakukan rutin hidup yg sama setiap hari.

Bertanggapan bahawa apabila berkahwin,mereka perlu berkompromi dgn isteri. Dan ini pada tanggapan mereka sedikit demi sedikit akan melunturkan kuasa dan kebebasan mereka.

Masih belum bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan hidup bersama teman-teman (dgn kata lain,masih belum puas enjoyler tuhh).

Tidak mempunyai naluri kebapaan,iaitu tidak mempunyai perasaan dan keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri.

~ LELAKI IDAMAN WANITA~

Lelaki idaman wanita adlh sorang lelaki yg beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada Allah,
Jiwanya penuh penghayatan kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,

Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan
orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman wanita adlh llaki yg mjg tutur ktanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya,
Yg stiasa bbuat kbajikn krn sifatnya yg penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan & tidak mempunyai musuh
yg bsifat jembalang.



Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya,
Yang stiasa bbakti kpd ke 2 orang tua & keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri & anak mendalami Islam,
Yang mgamalkn hdup pnuh ksederhnaan krn dunia,
Baginya ia adlh rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman wanita stiasa bsedia utk mjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman wanita tdk pernah mbazirkn masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Lelaki idaman wanita sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah khidupn itu perlu dbaja & djaga,
Agar berputik tunas yg bakal menjadi baka yg baik,
Meneruskn pjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang tidak pesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita bersama,
Dialah lelaki idaman setiap wanita….


lagi bape bulan nak raye kan...posa dah ganti lom???huhu

lagi bape bulan nak raye kan...posa dah ganti lom???huhu

Answer here

Tuesday, May 24, 2011

~ SAMPAIKAN SALAM RINDUKU UTK MEREKA ~


Andai masa boleh diputar kembali,
Akan aku putar dan biarkan ia terhenti
Terhenti pada zaman ku ditarbiyah dengan sebenar-benar tarbiyah
Terhenti pada zaman ku dibajai dengan sebenar-benar ilmu

Ku rindu tempat itu
tempat yang mengajarku erti jihad
Erti susah dan payah menuju ilahi

Tidak mungkin luput dariku
kenangan terindah di tempat itu
Bersama mereka yang seangkatan denganku
Mencari dan mengejar sinar ilahi

Kini aku di sini
Di sebuah tempat yang juga mengajarkanku erti jihad
Iaitu tempat untuk beramal dengan apa yang dipelajari
Sesungguhnya benarlah kata-kata seseorang bahawa
tarbiyah itu bermula selepas tazbih kifarah

Namun ku rasa lemah
kerana tanpa mereka yang sentiasa bersamaku
Aku bukan sehebat mereka yang mampu berkata cukuplah Allah bagiku
Aku ini seperti Musa yang amat mengharapkan Harun sebagai penguat diri

Oh Tuhan, ku rindu mereka itu
teman2ku tercinta
Sampaikan salam rinduku untuk mereka
Bersama doa-doa semoga mereka itu tsabat dijalanMu.

alia..mira...dila...aku rindu korang!!!


~ PERCAYALAH....ALLAH MENYAYANGIMU ~


Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.Sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw, “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

~ MENCINTAI.....~


Mencintai...
bukanlah bagaimana kita melupakan... tetapi bagaimana kita memaafkan...
bukanlah bagaimana kita mendengarkan... tetapi bagaimana kita mengertikan...
bukanlah bagaimana kita melepaskan... tetapi bagaimana kita dapat bertahan...
bukanlah apa yang kita lihat... tetapi apa yang kita rasa...
lebih merbahaya mencucurkan air mata di dalam hati.. jika dibandingkan dengan menangis tersedu-sedan...

air mata yang keluar akan dapat dihapuskan... tetapi air mata yang tersembunyi akan menggoreskan luka yang tidak akan pernah pudar dan hilang...

dalam urusan cinta... kita sangat jarang menang... tetapi ketika cinta itu tulus... meskipun kalah... kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih daripada kita mencintai diri kita sendiri...

akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti daripada mencintai seseorang... bukan kerana seseorang itu sudah tidak mencintai kita... tetapi kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi... lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang...

kadangkala... orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakitkan hati kita dan kadangkala... teman yang memberikan kita ketenangan dan menangis bersama-sama adalah cinta yang tidak pernah kita sedari.

~ PERKENANKANLAH DOAKU YA ALLAH ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Ya Allah,
bukan mudah untuk ku hadapi ujian Mu ini,
namun ku pasti Engkau Maha Pengasih Lagi Bijaksana,

segalanya telah direncanakan,
dan aku mampu untuk hadapi setiap ujian dari Mu,
cuma kadang kala hati berbisik,
"aku tidak mampu menghadapinya",

aku tahu aku tidak boleh melayan bisikan itu,
yang ku anggap dari musuh Mu yang dilaknat,
kerana aku yakin pada akhir surah Al-Baqarah,

Engkau tidak akan bebankan hamba Mu,
dengan perkara yang tidak mampu ditanggunginya,

berilah keampunan & rahmat Mu,
berilah kekuatan & ketabahan hati,

tempatkanlah aku di kalangan mereka yang sabar,
moga diri ini akan sentiasa redha dengan ujian dari Mu,
agar Engkau juga meredhai diri yang lemah ini,
bila tiba masanya nanti..

~ ZIKIR MUNAJAT ~


Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah,
Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar. – (33 kali)




Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya,
Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arash dengan kerana Esa dan Tunggal,
memiliki segala di atas Arash langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-
Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada Nya.




Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain
dihatiku selain daripada Allah, nur Muhammad S.A.W. - (5 kali)



Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah. - (l0 kali)




Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki,Tuhan yang haq. Tuhan yang
benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai. – (5 kali)



Hamba memohon keampunan kepada Mu Ya Allah, sesungguhnya Engkau Ya Allah
Maha Penerima taubat. - (10 kali)



Kami memohon taubat kepada Mu Ya Allah, Kami kembali kepada Mu Ya Allah,
Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang kami lakukan. - (3 kali)



Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan kami Nabi Muhammad, Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuang Nya.



Telah pun muncullah bulan purnama atas kami, Dengan pujian-pujian (sanjungan)
kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran


Allah berfirman, “Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu.”
~ Al Baqarah : 152 ~