Showing posts with label Mak dan Bapa. Show all posts
Showing posts with label Mak dan Bapa. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

~ RINDU AYAH ~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang... berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh nona tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: nona saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?


Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Nona menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi nona pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Nona tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni nona kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.Nona minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab nona tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang nona dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Nona nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Nona nak ayah balik kerja awal esok. Nona rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas nona tanpa memandang wajah ayahnya...





Thursday, November 3, 2011

MAK...BAPA...


Aku selalu ingat pada kalian
Aku selalu Cinta dan menyayangi kalian


Mak...Bapa …
Maafkan Aku yang tak kunjung pulang

Maafkan Aku yang selalu berharap ini semua akan cepat berakhir


Mak...Bapa …

Aku akan tetap menemani apapun yang terjadi

Aku takkan menyerah apapun sakitnya kenyataan ini


Mak...Bapa …

Demi Hidup kalian merelakan harga diri

Demi Hidupku kalian mengorbankan Perasaan hingga segalanya


Mak...Bapa …

Terima kasih …

Aku takkan rela jika Aku tidak Bahagiakan kalian!!!