Showing posts with label kisah nabi. Show all posts
Showing posts with label kisah nabi. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

~ KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR ~

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. 

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

(laman web masjid putra, putrajaya)



Friday, April 29, 2011

TRILOGI KEPADA KISAH "IBLIS MENCEMBURUI ADAM" ~TAUBAT NABI ADAM~


Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wednesday, April 27, 2011

IBLIS MENCEMBURUI ADAM


Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam.

Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga. Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.

Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat.

Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam.

Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan.

Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.

KISAH AINUL MARDHIAH


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut... . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama...

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihatkecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,... .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua... . dan tak pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku... . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii... ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... . subhanallah...

KISAH ABU QUDAMAH

Satu kisah daripada Abu Qudamah ketika mana beliau dalam perjalanan pulang daripada menyeru masyarakat Islam supaya berjihad di Jalan Allah, maka bertemulah beliau dengan seorang perempuan tua. Perempuan tersebut menahan perjalanannya untuk memberikan satu barang yang berbungkus kemas kepada Abu Qudamah. Lalu, Abu Qudamah membukanya lantas didapati satu jalinan rambut yang panjang berada di dalam bungkusan itu. Maka perempuan tua itu mengatakan bahawa, hanya dengan rambut itu sahaja yang mampu disumbangkan untuk jihad kerana keuzuran yang ada padanya. Jadikanlah jalinan rambut itu sebagai tali pengikat kuda-kuda di medan jihad.

Di dalam satu peperangan, kelihatan seorang pemuda yang berada di barisan hadapan di medan peperangan begitu cekap dalam meluncurkan anak panahnya kepada sasaran (musuh). Abu Qudamah seringkali memerhati kepada pemuda tersebut kerana ketangkasannya dalam mengendalikan busur dan anak panahnya. Setiap kali
dilancarkan sasaran, pasti akan mengena kepada sasaran yang ditujunya. Namun, dengan kuasa Allah, tiba-tiba meluncurlah satu anak panah dari pihak musuh lalu terkenalah tepat di dahi pemuda berkenaan. Abu Qudamah segera menghampirinya. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat beliau berpesan kepada Abu Qudamah supaya mengambil secebis cebisan kain dariapada belakang bajunya. Lalu, syahidlah seorang pemuda dan tercapailah cita-citanya yang sekian lama diimpi-impikan.

Maka selepas daripada peristiwa tersebut, Abu Qudamah seterusnya menguruskan jenazah pemuda berkenaan. Tetapi, peliknya, ketika dimasukkan ke dalam liang lahad, beberapa kali jenazah pemuda berkenaan dimuntahkan kembali oleh kubur ke permukaan bumi. Beberapa kali Abu Qudamah mencuba untuk mengebumikannya, tetapi tidak berjaya. Abu Qudamah kehairanan lalu beliau solat memohon petunjuk daripada Allah. Sehinggalah datang satu suara yang menyuruh Abu Qudamah agar jangan mengebumikan pemuda berkenaan. Kemudian datanglah satu kumpulan binatang-binatang buas ke arah jenazah pemuda berkenaan lantas memakan daging-dagingnya pemuda berkenaan. Dan datang pula sekawan burung-burung memakan sisa-sisa daging yang masih berbaki sehinggalah hilang jenazah berkenaan daripada pandangan manusia.

Selepas daripada kejadian berkenaan, Abu Qudamah berusaha menjejaki keluarga pemuda tersebut. Masuklah Abu Qudamah ke kampung-kampung bertanyakan akan asal pemuda berkenaan dengan membawa bersama cebisan kain daripada baju pemuda itu. Sehinggalah, sampai di satu rumah, seorang perempuan begitu mengenali baju tersebut lalu dipanggil ibunya. Rupa-rupanya, kedua-dua perempuan itu adalah adik dan ibu kepada pemuda berkenaan. Sebaik sahaja melihat baju tersebut, segera si ibu bertanyakan kepada Abu Qudamah adakah anaknya selamat dikebumikan ataupun tidak. Maka Abu Qudamah segera menceritakan apa yang berlaku terhadap anak beliau. Si ibu tidak terkejut dengan apa yang diceritakan. Malah beliau menceritakan kisah anaknya ketika hidup yang senantiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan kepadanya Syahid, dan jadikanlah jenazahnya nanti sebagai makanan kepada burung-burung dan haiwan-haiwan. Begitulah satu kisah yang berlaku kepada seorang pemuda yang ibunya adalah perempuan tua yang memberikan jalinan rambutnya yang panjang kepada Abu Qudamah untuk dijadikan tali pengikat kuda-kuda di medan jihad.

Kisah adalah sepertimana yang diceritakan di dalam khutbah di Mesir.