Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

~AZAN~

Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati....
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan"


Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbala'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S. A. W. kepada SAIDINA ALI R. A.;


Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s. w. t.

Wang RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'suratberantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

Wednesday, April 27, 2011

SEMBAHYANG KERANA ISLAM ATAU SEMBAHYANG KERANA TUHAN?


Ada orang yang sembahyang kerana dia hendak menyembah kepada Tuhannya. Ada pula orang yang bersembahyang kerana itu satu tuntutan di dalam agama Islam. Maka apakah perbezaannya?


Yang pertama tadi sembahyang untuk membesarkan Tuhan, untuk mengaku dirinya lemah dan hamba yang hina dina. Dia bersembahyang untuk memohon maaf kepada Tuhan atas kelalaiannya, memohon keselamatan daripada Tuhan untuk hidupnya di dunia dan di akhirat serta bersyukur diatas segala nikmat Tuhan yang tidak terhitung banyaknya. Orang ini, semakin sembahyang semakin tawadhuk, semakin sibuk menghitung-hitung kesalahan dan dosanya serta sangat bersyukur dengan segala apa yang ada. Dia merasakan dirinya hina dan semua orang itu lebih baik daripadanya.

Golongan yg kedua pula bersembanhyang kerana ia satu kewajipan dalam agama islam. Kalau berbuat berpahala, kalau ditinggalkan berdosa. Oleh itu, apabila dia dapat menunaikan sembahyangnya, dia pun rasa yang dia sudah terselamat daripada dosa dan neraka. Dialah yang paling baik di sisi Tuhan dan layak mentadbir dunia dan layak menghuni Syurga. Sebab itulah dia boleh jadi sombong dan memandang orang yang tidak sembahyang itu hina. Akibatnya, dia tidak terselamat dari menimbulkan perpecahan dan pergaduhan di dalam masyarakat.