Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

~ BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI ~

»»► RAMAI dari kalangan wanita cantik itu PERASAN, bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka !! 

»»► RAMAI juga di kalangan lelaki hensem itu PERASAN, bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka !! Tetapi HAKIKATNYA, di kalangan mereka itu RAMAI yang TIDAK SEDAR bahawasanya LELAKI atau WANITA yang BAIK & BERAGAMA itu BUKAN DINILAI bersandarkan RUPA PARAS & LUARAN semata-mata, tetapi sejauh mana mereka MENGHIAS AKHLAK & MEMBATASKAN PERGAULAN dalam MENYEMAI, MENJAGA & MENGUKUHKAN TAQWA & KEIMANAN dalam kehidupan. Dan sesungguhnya juga, LELAKI mahupun WANITA yang SOLEH/SOLEHAH itu seharusnya BERUSAHA MENJAGA PANDANGAN mereka sebagaimana FIRMAN ALLAH dlm Surah AnNur, ayat ke 30/31:

~: ☀ ❝..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka..❞ 

~ ☀ » Justeru itu, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis & cantik; Dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak & rupawan «

(✿◠‿◠)  Bersama renung²kan ..!♥·: :·♥ :: 

Jom muhasabah :: 
Renungi peribadi :: 
Dakwah hati :: 
Tarbiyah diri :: 

« » Barakallahufikum « » 
BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI



~ TETAP SABARKAN HATIKU YA ALLAH ~

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

Jika dalam cintamu, hatimu lebih sering terluka daripada digembirakannya... Maka lepaskanlah dia dari genggamanmu.. Jika dia memang cinta sejatimu, dia akan kembali sebagai belahan jiwa yg memuliakanmu, Tapi, jika dia tak pernah kembali memang dari awal dia tak pernah direncanakan bagimu.. Hapuslah kesedihanmu, indahkanlah dirimu dan harumkanlah ruang tamu dihatimu bagi cinta yg Baru..


Ya ALLAH, Berikanlah kepadaku Suami TERBAIK dari sisi-Mu.. Suami yg juga menjadi sahabatku dlm Urusan agama, dunia dan akhirat-Mu.. Aku memohon Cinta-Mu, Cinta Orang2 yg mencintai-Mu dan amal yg dpt menggapai cinta-Mu, Ya Allah, jadikanlah cintaku kpd-Mu melebihi cintaku kpd diriku sendiri, keluarga dan kecintaanku terhadap apa pun jua.. Ya Ilahi, Tetap SABARKAN Hatiku dlm penantian ini, Semoga Keindahan yg kudambakan menghampiri dimasa Indah-Mu.. Aamiin ya Allah..

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿



Friday, December 23, 2011

(¯`•.¸ღ JIKA BENAR CINTA ღ¸.•´¯)

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

••► Jika benar dirimu mencintaiku kerana Allah, maka janganlah kau sentuh hatiku sebelum tiba waktunya, dan jangan sesekali kau ungkapkan kata cinta padaku, kerana aku takut aku hanyut dalam lautan rinduku padamu.. 

••► Tetapi,jika cintamu tulus untukku, maka datangilah kedua orang tuaku, pintalah izin dari keduanya, dan pinanglah daku dengan lafaz bismillah..

••► Andai tertulis aku adalah bakal makmum mu, insyaAllah,Allah pasti akan satukan cinta kita di dalam redhaNya.. moga cinta kita bersemi selamanya sampai ke syurga.. Ameen ya Rabb..

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿


Thursday, November 3, 2011

AKU, KINI & JIKA...


seperti apa yang telah hujan janjikan padaku.
seperti apa yang telah awan simpankan untukku.
s
eperti apa yang telah gugusan gunung jagakan untukku.

kini kudapati sebuah jiwa yang dulu tak pernah bernyawa.


kini kudekap sebentuk hati yang dulu hampa.

aku mencintainya bukan dengan separuh asaku.

melainkan dengan separuh nyawaku.

aku menyayanginya bukan dengan separuh rinduku.
melainkan dengan separuh otakku.
aku menyanjungnya bukan dengan separuh naluriku.
melainkan dengan separuh ragaku.
dan kini...



jikalau ia akan berlari jauh.
jikalau ia telah penat dengan segala yang ia berikan padaku.
ia curahkan untukku.
mungkin ia akan membawa.
separuh nyawaku.


separuh otakku.
dan, separuh ragaku.
dan jika ia telah benar-benar menghilang.
ia akan menjadi dongeng yang akan kuceritakan.
pada bintang yang selalu gantikan ia menjagaku terlelap.


pada angin yang gantikan ia membelaiku dimalam.
dan pada gugusan gunung yang selalu tegap berdiri.
melihatku dan nya mengukir senyum.
meragut sayang.
menggumpal cinta.
dihadapnya.
didepannya....






Friday, July 1, 2011

~ CINTA ~

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana
tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang
dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang
yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.


Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana
kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.


Monday, June 20, 2011

~ MENYINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI ~


Menyintai tidak semestinya memiliki...
Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu..
atau kau kepunyaan si dia...
kerana hakikatnya...
kita tidak pernah memiliki sesiapa
...
walau sekeping hati seorang insan
..

Tidakkah kau sedar..
hukum alam menyatakan
..
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
..
berlakon di pentas dunia
..
dan bertopeng menutup rahsia
..

Tetapi hati..
tidak pernah berdusta pada empunya
..
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..

Dia mengasihi hambaNya
..
Dia memiliki hambaNya
..
Dan ke pangkuan Dia kita kembali..


Tidakkah kau sedar..
mungkin si dia melafazkan..
ungkapan cinta padamu
..
tetapi hati dan perasaannya..
tidak pernah berniat begitu..
dia hanya berselindung
..
di sebalik sejuta alasan
..
Dan kau..
begitu jujur dan setia menyintainya
..
sehingga terlupa
..
h
ukum alam menyatakan..
menyintai tidak bermakna memiliki
..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...

dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
..
Yang Maha Esa
..
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
..
kecuali Dia..









~ DUHAI HATI ~

Andai hati boleh berkata-kata....
Akan terbongkarlah segala rahsia...
Rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata....
Rahsia yang susah dimengertikan oleh sesiapa....


Rahsia hati...
Air mata ini sering mengalir...
Menahan hati dari terus berkata-kata...
Sakitkah engkau hati...
Kerana menyimpan rahsia ini...
Adakah aku yang zalim...
Kerana membiarkan rahsia hati....

Aduhai alangkah susahnya menahan rahsia ini....
Andai iman tiada, binasalah diri...
PadaNya jua aku berserah diri....
Agar rahsia hatiku ini tetap bersemadi....
Jika dia bukan milikku nanti....

Kadang aku terfikir....
Ajaibnya hati ini....
Rahsianya tetap tiada berubah.....
Walau masa kian berlalu......
Rahsia tetap sama seperti dulu.....
Walau ramai yang menunggu.....
Dia tetap kepada yang satu....
Walau puas kupujuk.....
Dia enggan berlalu....
Akhirnya aku yang tewas olehnya.....

Duhai hatiku....
Maafkan aku menyeksa dirimu....
Bukan aku tidak mahu....
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku....
Dia bukan milik ku....
Ku harap kau tabah selalu....
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu....


Bersabarlah duhai hati....
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali...
Kemahuan itu usah diperduli....
Walaupun ia memakan diri....
Kerana ada ganjaran dari ILAHI.....
Di kemudian hari....
Sampai bilakah rahsia ini akan terus begini....
Ku harap kau mengerti...
Cintaku hanya untuk ILAHI....
Dialah yang layak dicintai....
Tuhan Rabbul 'Izzati.....
insyaAllah
Amin…



Tuesday, June 14, 2011

~ CINTA ITU INDAH MESKIPUN SUDAH TIADA ~

Kenapa dunia ni aku rasa sangat kejam, untuk aku merasakan cinta yang benar-benar cinta dalam hidup aku ini, namun semua itu tidak kesampaian. Aku bagaikan berada dalam dunia aku sendiri, penuh dengan khayalan semata-mata. Aku yakin ini semua permainan dan juga sandiwara manusia yang tidak mengenali erti cinta yang sebenar termasuk aku. Banyak benda yang aku lakukan untuk memastikan si dia menjadi milik aku. Tapi semua usaha dan penat lelah aku tidak berbalas dengan pekara yang seperti aku inginkan. Adakah kebaikan aku ini tidak mampu untuk mengerak kan hati kecil si dia agar mengetahui kewujudan aku disisinya??
Alangkah menyakitkan, kalau tiba2 kita sadar bahwa kita tak dapat bersamanya. Untuk selamanya. Awalnya, agak terlalu terasa, perpisahan yang secara perlahan terjadi. Perlahan tapi pasti interaksi komunikasi semakin berkurang. Yang tadinya sehari 3 kali, menjadi dua kali, setelah itu sekali, dua hari sekali, tiga hari sekali…dan akhirnya aku pelan2 sedar tapi pasti semuanya sudah berakhir.

Dan sekarang baru terasa pedih,
sekarang baru terasa sepi
dan sekarang baru terasa sedihnya kehilangan dia.

Tapi ..
cinta itu indah…
Meskipun ada banyak halangan,
mekipun ada banyak cubaan & dugaan,
meskipun ada banyak rintangan,
meskipun ada banyak tanjakan ,
meskipun ada banyak tembok tebal,
bahkan meskipun akhirnya menemukan kegagalan..

Aku bicara tentang cinta yang indah…
Tanpa kebencian…
Tanpa kemarahan…
Tanpa dendam…

Aku bicara tentang cinta yang indah…

Meskipun….
Ketika disitu ada kesedihan..
Ketika disitu ada esak tangis..

Ketika disitu ada air mata
Ketika disitu ada kepedihan..
Bahkan ketika disitu juga ada penderitaan..

Cinta itu indah……

Meskipun..

Ketika kami merasa keempat2 tangan kami tak mampu lagi memeluk..

Ketika dua puluh jari kami tak mampu lagi memegang..

Ketika keempat lengan kami tak mampu lagi merangkul..

Ketika keempat telapak kaki kami tak mampu menjejak


Cinta itu sangat indah…

Disaat keluar kata2 :

“ Aku menyintaimu abadi…selamanya..”
“Aku menyintaimu meskipun tak ada didekatmu..’
“ Aku menyintaimu meskipun tak memilikimu..”

Cinta itu teramat sangat indah…

Ketika saling menghibur disaat akan berpisah..

Ketika saling menyokong supaya tabah , kuat dan tawakkal..

Ketika saling mengerti bahawa bakti itu diatas segalanya..

Ketika saling menatap mesra…


disaat akan pergi..

Meskipun…

sekarang kami sendirian…

Tapi hati kami satu..
Meskipun kami terpisah…
Tapi perasaan kami sama..

Meskipun tubuh kami berjauhan..
Tapi batin kami berdekatan..

Meskipun dilubuk hati ada kepedihan yang menghunjam…

Tapi disana ada juga kebahagiaan…


Betapa tidak….

Kita akan sangat bahagia,

ketika kita tau
Orang yang sangat kita cintai,
Ternyata cintanya lebih besar dari apa yang kita bayangkan

Cinta itu indah…
Kerana disitu ada kebahagiaan , penderitaan, hiburan,…
Meskipun tanpa harapan….




~ MANUSIA DAN CINTA ~

Manusia akan merasa bahagia
bila ia mampu membuka mata,

untuk menyedari bahawa ia memiliki
berbagai hal yg bererti....


Manusia mampu bahagia
bila ia mahu membuka mata hati,

untuk menyadari betapa ia di cintai....

Manusia mampu bahagia bila ia mahu membuka diri.
Agar orang lain mampu mencintainya dengan tulus...

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati.
Berusaha meraih yang tidak dapat diraih...
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,
tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada...

Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri,
tidak sedar bahawa ia begitu dicintai,
tidak sedar bahawa saat ini apa yang ada adalah baik,
selalu berusaha meraih lebih,
dan tidak mahu sedar kerana serakah...


Ada orang yang begitu mencintai, tapi tidak diindahkan.
Kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri.
Memilih teman dan mencari-cari,
padahal di depan mata ada teman sejati.
Telah memiliki segala yang terbaik,
namun serakah, ingin diri sendiri yang paling diperhatikan.

Dicintai oleh satu orang, belum tentu oleh orang lain.
Kebahagiaan bersumber dari diri kita sendiri...

Jikalau berharap dari orang lain,
maka bersiaplah untuk ditinggalkan,
bersiaplah untuk dikhianati.

Kita akan bahagia bila kita mampu menerima diri seadanya.
Mencintai dan menghargai diri sendiri,
mahu mencintai orang lain,
dan mau menerima orang lain.


Percayalah kepada Yang Maha Kuasa,
dan bersyukurlah kepada-Nya,
bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai
dengan usaha kita.

Tak perlu berkeras hati.
Kerana Tuhan akan memberi kita disaat yang tepat
pada saat kita memerlukannya.

Meskipun bukan hari ini,
namun masih ada hari esok.





~ DOAKU UNTUKMU ~

YA ALLAH..YA RAHMAN...YA RAHIM...
Aku berdoa untuk bapaku ABDUL KADIR BIN AHMAD


Seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian dari hidupku,
Seorang lelaki yang mengajarkanku bagaimana untuk mcintaiMu,
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku,
Seorang lelaki yg meletakkn namaku dlm lantunan doanya untukMu,
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri,
tetapi juga untuku,Mama,abang2,kakak2,adik2ku & untukMu,
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan & kekuranganku,
Seorang lelaki yang memerlukn senyumku untuk mengatasi sedihnya,
Seorang lelaki yang memerlukn sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku disaat aku khilangan arah,
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,
Seorang lelaki yang selalu mengingatknku akan mimpi besarku,
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku,
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu,

Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kpdnya untuk melewati dugaanMu,
agar dia mampu bangkit setiap kali badai menerpa,
Berikanlah dia kehidupan yang mulia,
sehingga dia dpt memuliaknMu,

Berikanlah dia hati yang ikhlas & kuat menerima amanah2Mu
Berikanlah dia dada yang lapang,
sehingga dia dpt sabar dalam mendidik anak titipan dariMu,
Berikanlah dia umur yang berkah,
sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Ya Allah...
Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.
dan bagilah keistimewaan syurga terhadap bapa dan mama kami

Ya Allah.
Jadikanlah aku, adik2ku, abang2ku, kakak2ku
dan 2 orang cucunya anak yang soleh & solehah,
sehingga kami dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuknya
semoga hidup kami bersendikan agama,
berpaksikan keimanan,
bertunjangkan kasih dan sayang.
Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul
dan cinta pula kepada mama dan bapa kami.


YA ALLAH...
aku bersujud dan memohon hanya kepadaMu
Engkau perkenankanlah doa hambaMu ini...
Amin...amin...amin ya rabb alamin

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.”(QS. Al-baqarah : 286)

“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka amalnnya terputus, kecuali 3 macam, yaitu : harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang mendoakan dirinya” (HR Muslim)


Monday, May 30, 2011

~ CINTA ITU SATU ANUGERAHNYA ~

Cinta itu satu anugerahNya
Cinta itu juga ada padaNya
Cinta itu juga sentiasa milikNya
Bagaimana untukku mendapatkan cintaNya

bagaimana pula cinta sesama insan
wajarkah aku menepis kesemua cinta insan yang hadir
bagaimana harus kupilih yang mana satu cinta insan
yang perlu aku terima..

memang payah persoalan mengenai cinta...


Rasa ini..
Semakin kuat aku hindari
Semakin kuat ia menghampiri

Ya Hanan..
Pimpinlah setiap rasa ini agar tidak lari dari batas murkaMu
Janganlah sesekali kerana rasa ini aku alpa akan cintaMu
Pimpinlah rasa ini Ya Rahman
Agar aku masih terus menerus menagih rinduMu

Rasa ini
Aku harap ia tidak mengundang retak
Ke atas ketulusan cintaku kepadaMu

Ya Al-Karim…
Adakah dengan hadirnya rasa ini Kau masih merenungku
Dalam setiap sujudku
Adakah kau masih memandangku dengan pandangan rahmatMu
Adakah…adakah Kau masih mahu menyayangiku

Ah…mengapa aku meragui kasih dan cintaMu
Sewajarnya aku yakin akan semua itu
Kerana Dikau Ar-Rahman..Ar-Rahim..Al-Ghaffur..
Semua janjimu ada dalam kitab itu..
Kitab suci yang sentiasa menghubungkanMu
dengan insan-insan mukmin pilihanMU..
Aku terlupa lagi…astaghfirullahalazim..
Adakah kerana rasa ini yang membuatkan aku begini???
Bersalahkah rasa ini menghantuiku…
Payah untukku menjawab….bingung…

Ya Al-Wahhab…
Tiada dayaku untuk menolak rasa ini
Tanpa nusrahMu dan redhaMu
Namun andai rasa sayang sesama insan ini
Adalah terbaik untukku dan agamaMu
Aku pasrah dan berserah kepadaMu
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untukku…

Cuma satu pintaku Ya Muhaimin…
Jangan sesekali kau biarkan aku lalai dan alpa dengan cinta hambaMu
Janganlah sesekali kau biarkan aku menentukan sendiri haluan hidupku
Aku masih dan akan tetap terus memerlukan pimpinanMu
Bantulah aku Ya Al-Wafi…jangan dibiarkan aku tanpa pimpinanMu
Pimpinlah aku dalam setiap gerak rentakku
Agar sentiasa di bawah redhaMu….

Ya Al - Latif…Ya Al-Kafi…
Aku pohon kepadaMu dengan sebenar-benar permohonan
Tingkatkanlah kecintaan aku dan dia terhadapMu
Dalam setiap detikan rindu antara kami…
Eratkanlah tautan hati kami bersama-sama dengan rahmat dan kasih sayangMu

Ya Al-Hafiz…
Aku mohon kepadaMu…
Tanpa sebarang kalam dan ungkapan bicara
Hadirkanlah rasa cinta ini…rindu ini..terus ke hatinya
Hadirkanlah rasa itu ke hatinya seandainya disitu ada redhaMu
Jadikanlah rasa itu satu penyuntik semangat perjuangannya di jalanMu
Pendorong untuknya lebih menyintaiMu

Cukuplah sekadar bicara sufi menjadi cara hubungan kami
Cukuplah mengadapMu setiap malam hari menjadi pertemuan bersama kami
Untuk ketika ini…
Ketika sebarang lafaz sah belum mengikat kami…
Sekali lagi Ya Ar-Rahman..
Hadirkanlah rasa ini terus ke hatinya
Jika di situ ada redhaMu..
Seandainya sebaliknya….
Pimpinlah daku agar rasa cinta,kasih sayang dan rindu ini
Tidak mengundang murkaMU
Pimpinlah kami agar ikatan ini terus mendapat redha dan pimpinanMu..

Dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah…

Tuesday, May 24, 2011

~ PERCAYALAH....ALLAH MENYAYANGIMU ~


Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.Sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw, “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

~ MENCINTAI.....~


Mencintai...
bukanlah bagaimana kita melupakan... tetapi bagaimana kita memaafkan...
bukanlah bagaimana kita mendengarkan... tetapi bagaimana kita mengertikan...
bukanlah bagaimana kita melepaskan... tetapi bagaimana kita dapat bertahan...
bukanlah apa yang kita lihat... tetapi apa yang kita rasa...
lebih merbahaya mencucurkan air mata di dalam hati.. jika dibandingkan dengan menangis tersedu-sedan...

air mata yang keluar akan dapat dihapuskan... tetapi air mata yang tersembunyi akan menggoreskan luka yang tidak akan pernah pudar dan hilang...

dalam urusan cinta... kita sangat jarang menang... tetapi ketika cinta itu tulus... meskipun kalah... kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih daripada kita mencintai diri kita sendiri...

akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti daripada mencintai seseorang... bukan kerana seseorang itu sudah tidak mencintai kita... tetapi kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi... lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang...

kadangkala... orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakitkan hati kita dan kadangkala... teman yang memberikan kita ketenangan dan menangis bersama-sama adalah cinta yang tidak pernah kita sedari.

Wednesday, April 27, 2011

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA



pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang..
bila cinta Satu pasti bertemu..
yang tidak ternilai..
kerana di dalam hati kita..
kerna tiada antaranya lagi..
yang ada hanya cinta kasih Ilahi..

kita berpisah hanya sementara..
kerna pertemuan bukan milik kita..
jasad dan suara berjauhan sentiasa..
namun cinta abadi...

bila terpisah selalu menderita..
kerana syurga menagih ujian..
namun neraka dipagari oleh nikmat..
bertemu tidak jemu,berpisah tak gelisah..

bicara kita adalah bicara sufi..
tanpa suara dan kata-kata..
kerana penghubung kita adalah suara hati..
bertemu berpisah kerana Allah


Friday, April 22, 2011

PENCARI KASIH ADAM & HAWA

untuk ADAM..andai mahu mencari HAWA..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk HAWA..andai mahu menerima cinta ADAM..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

Saturday, July 31, 2010

~ WARKAH UNTUKMU ~

WARKAH UNTUKMU

Saudariku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman- taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sangkumbang untuk mendekatimu; namun...tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , darikejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancarindah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup..sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...
Namun...ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah...

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"... Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu...

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu...

Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu...Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA... "

~ RINTIHAN HATIKU ~

Impian hati,
Hanya mengharap restuMu Illahi,
Memohon seribu kasih dariMu Ya Rabbi,
Namun, hati tetap mencari,
Secebis cinta dariMu Ilahi,

Hati,
Adakalanya mengharap pada realiti,
Walau sebenarnya tiada apa yg perlu dinanti,
Mendamba pada yang tak pasti,
Sedangkan kasih Allah jua yang hakiki,
Mengharap rahmat kasih Illahi,
Agar segala impian bisa dikecapi,
Walaupun secebis cuma,

Impian hati,
Hanya mengharap rahmat kasihMu Illahi,
Biarlah bukan di dunia,

Namun,
Harapan nikmat di syurga tetap dicita,
Menagih maghfirahMu Ya Rabbi,
Adakalanya kurasakan dosa menggunung tinggi,

Namun,
Ku pasti,
Pintu taubatMu tetap menanti.

Tuhan,
Dengarkanlah rintihan hambaMu ni,
Yang amat kerdil lagi dhoif,
Adakala terasa bahangnya kemurkaanMu,
Tatkala diri menyedari kesilapan lalu,
Adakala terasa lembut kasihMu,
Tatkala diri merasai rahmat nikmatMu,Tuhan,

Kini,
Kuharapkan agar impianku dimakbulkan,
Agar aku diterima sebagai syuhada'Mu,
Dalam meniti sisa-sisa perjuangan ini,
Dalam melalui liku-liku mehnah jihad ini,
Agar bisa hati ini tenang,
Agar hati ini tegar menghadapi ujianMu,

Tuhan,
Hanya satu pintaku,
Biarlah apa pun yang terjadi,
Peliharalah aku dalam KEMANISAN IMANMU

Friday, July 23, 2010

~ APABILA CINTA MENGETUK PINTU HATI KITA ~

Pabila cinta mengetuk pintu hati kita...........
janganlah kita terlalu cepat menerima cinta dan terpedaya oleh manisnya senyumannya, kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang, dan janganlah kita tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu kadangkala terkandung dalam manisan.

Cinta merupakan suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi untuk dialami.

uniknya cinta kerana ia adalah jelmaan kasih sayang yang teragung. dan...cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.

Sedihnya jika cinta sudah tiada di hati kita,menandakan salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada kita. sedang cinta merupakan salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-Nya.

Sememangnya kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih ALLAH tiapa bertepi, sayang ALLAH janjinya pasti. ALLAH merupakan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.jadi, tak perlulah kita membandingkan cinta manusia yang tidak seberapa ini dengan cinta ALLAH. Kerana manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri. Dan kita harus belajar menerima seseorang itu seadanya.

Namun,manusia yang beruntung sebenarnya adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran ILLAHI.

Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia kan menjadi kebencianmu suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.


jadilah insan yang berPERASAAN,
tapi bukannya insan yang PERASAN



semoga cinta kita di dalam Redha ILLAHI...

Wednesday, July 21, 2010

~ MAMPUKAH AKU ~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....