Thursday, December 22, 2011

~ KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR ~

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. 

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

(laman web masjid putra, putrajaya)



Thursday, December 15, 2011

~ ISTERI KU ~

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga  dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih di sisinya. 

Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan, “Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di Universiti dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah “Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang… ayang masih di sisi abang.

“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakkan si isteri bertambah kuat…

Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. 
BERAMBUS KAU SEKARANG!!

~ CINTA DI MATA MU ~


entahlah..,
berapa kali harus kuyakinkan dirimu
bahwa rindu yang mengalir dalam darahku
adalah rindumu 

mungkinkah..,
kau dengar
cerita yang tergelar lewat bisunya malam
itu cerita cinta
tentang kau dan aku

kau tahu
purnama ini begitu indah
walau tak seindah senyummu
yang terakhir kali
masih kuingat


kasih..,
aku lihat senyummu
di antara bintang dan bulan purnama
aku dengar suaramu
lewat hembusan angin dan gesekan daun-daun
tapi rinduku belum juga terubati

kasih..,
apakah hari ini kau simpan rindu
seperti rindu yang menggunung di hatiku..?

ah..,
bila saja mungkin
ingin kulihat cinta di matamu



Friday, November 18, 2011

~ ANDAINYA PEREMPUAN TAHU ~

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau 'swimming pool'.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah 'all boys'! 

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari 'library' atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi 'hint'! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana hebat rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



Tuesday, November 8, 2011

~ RINDU AYAH ~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang... berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh nona tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: nona saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?


Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Nona menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi nona pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Nona tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni nona kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.Nona minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab nona tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang nona dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Nona nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Nona nak ayah balik kerja awal esok. Nona rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas nona tanpa memandang wajah ayahnya...





Thursday, November 3, 2011

AKU, KINI & JIKA...


seperti apa yang telah hujan janjikan padaku.
seperti apa yang telah awan simpankan untukku.
s
eperti apa yang telah gugusan gunung jagakan untukku.

kini kudapati sebuah jiwa yang dulu tak pernah bernyawa.


kini kudekap sebentuk hati yang dulu hampa.

aku mencintainya bukan dengan separuh asaku.

melainkan dengan separuh nyawaku.

aku menyayanginya bukan dengan separuh rinduku.
melainkan dengan separuh otakku.
aku menyanjungnya bukan dengan separuh naluriku.
melainkan dengan separuh ragaku.
dan kini...



jikalau ia akan berlari jauh.
jikalau ia telah penat dengan segala yang ia berikan padaku.
ia curahkan untukku.
mungkin ia akan membawa.
separuh nyawaku.


separuh otakku.
dan, separuh ragaku.
dan jika ia telah benar-benar menghilang.
ia akan menjadi dongeng yang akan kuceritakan.
pada bintang yang selalu gantikan ia menjagaku terlelap.


pada angin yang gantikan ia membelaiku dimalam.
dan pada gugusan gunung yang selalu tegap berdiri.
melihatku dan nya mengukir senyum.
meragut sayang.
menggumpal cinta.
dihadapnya.
didepannya....






MAK...BAPA...


Aku selalu ingat pada kalian
Aku selalu Cinta dan menyayangi kalian


Mak...Bapa …
Maafkan Aku yang tak kunjung pulang

Maafkan Aku yang selalu berharap ini semua akan cepat berakhir


Mak...Bapa …

Aku akan tetap menemani apapun yang terjadi

Aku takkan menyerah apapun sakitnya kenyataan ini


Mak...Bapa …

Demi Hidup kalian merelakan harga diri

Demi Hidupku kalian mengorbankan Perasaan hingga segalanya


Mak...Bapa …

Terima kasih …

Aku takkan rela jika Aku tidak Bahagiakan kalian!!!