Tuesday, June 14, 2011

~ MANUSIA DAN CINTA ~

Manusia akan merasa bahagia
bila ia mampu membuka mata,

untuk menyedari bahawa ia memiliki
berbagai hal yg bererti....


Manusia mampu bahagia
bila ia mahu membuka mata hati,

untuk menyadari betapa ia di cintai....

Manusia mampu bahagia bila ia mahu membuka diri.
Agar orang lain mampu mencintainya dengan tulus...

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati.
Berusaha meraih yang tidak dapat diraih...
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,
tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada...

Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri,
tidak sedar bahawa ia begitu dicintai,
tidak sedar bahawa saat ini apa yang ada adalah baik,
selalu berusaha meraih lebih,
dan tidak mahu sedar kerana serakah...


Ada orang yang begitu mencintai, tapi tidak diindahkan.
Kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri.
Memilih teman dan mencari-cari,
padahal di depan mata ada teman sejati.
Telah memiliki segala yang terbaik,
namun serakah, ingin diri sendiri yang paling diperhatikan.

Dicintai oleh satu orang, belum tentu oleh orang lain.
Kebahagiaan bersumber dari diri kita sendiri...

Jikalau berharap dari orang lain,
maka bersiaplah untuk ditinggalkan,
bersiaplah untuk dikhianati.

Kita akan bahagia bila kita mampu menerima diri seadanya.
Mencintai dan menghargai diri sendiri,
mahu mencintai orang lain,
dan mau menerima orang lain.


Percayalah kepada Yang Maha Kuasa,
dan bersyukurlah kepada-Nya,
bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai
dengan usaha kita.

Tak perlu berkeras hati.
Kerana Tuhan akan memberi kita disaat yang tepat
pada saat kita memerlukannya.

Meskipun bukan hari ini,
namun masih ada hari esok.





~ DOAKU UNTUKMU ~

YA ALLAH..YA RAHMAN...YA RAHIM...
Aku berdoa untuk bapaku ABDUL KADIR BIN AHMAD


Seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian dari hidupku,
Seorang lelaki yang mengajarkanku bagaimana untuk mcintaiMu,
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku,
Seorang lelaki yg meletakkn namaku dlm lantunan doanya untukMu,
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri,
tetapi juga untuku,Mama,abang2,kakak2,adik2ku & untukMu,
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan & kekuranganku,
Seorang lelaki yang memerlukn senyumku untuk mengatasi sedihnya,
Seorang lelaki yang memerlukn sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku disaat aku khilangan arah,
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,
Seorang lelaki yang selalu mengingatknku akan mimpi besarku,
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku,
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu,

Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kpdnya untuk melewati dugaanMu,
agar dia mampu bangkit setiap kali badai menerpa,
Berikanlah dia kehidupan yang mulia,
sehingga dia dpt memuliaknMu,

Berikanlah dia hati yang ikhlas & kuat menerima amanah2Mu
Berikanlah dia dada yang lapang,
sehingga dia dpt sabar dalam mendidik anak titipan dariMu,
Berikanlah dia umur yang berkah,
sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Ya Allah...
Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.
dan bagilah keistimewaan syurga terhadap bapa dan mama kami

Ya Allah.
Jadikanlah aku, adik2ku, abang2ku, kakak2ku
dan 2 orang cucunya anak yang soleh & solehah,
sehingga kami dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuknya
semoga hidup kami bersendikan agama,
berpaksikan keimanan,
bertunjangkan kasih dan sayang.
Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul
dan cinta pula kepada mama dan bapa kami.


YA ALLAH...
aku bersujud dan memohon hanya kepadaMu
Engkau perkenankanlah doa hambaMu ini...
Amin...amin...amin ya rabb alamin

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.”(QS. Al-baqarah : 286)

“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka amalnnya terputus, kecuali 3 macam, yaitu : harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang mendoakan dirinya” (HR Muslim)


~ SAHABAT SELAMANYA ~





Ya Allah…
Dlm pjalanan kehidupan ini tlh Engkau jadikan bagiku sorang teman.

Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.

Aku tetapkn baginya 1 peraturan yg hnya Allah yg akn mnentukan segalanya.


Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku

dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu

dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayan
g.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu

dan berubahnya kesejahteraanMu

dan mendadaknya seksaMu
dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu

tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah.

Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
bagi pihaknya
dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya,

sebaik-baik kejayaannya
dan sebaik-baik pahala baginya.

Tetapkanlah untuknya,
beratkanlah timbangan kebaikannya.

Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya,
terimalah solatnya
dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah,

aku bmohon baginya kepadaMu
tingkat yang tinggi di syurga.

Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Aku bmohon baginya
jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya
dan rela kepadaMu dgn sgala kmampuan dirinya seluruhnya.

jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal pbuatannya seluruhnya hnyalh utk mcari keredhaanMu.


Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau.

Hanya kepadaMu aku bertawakal.

Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.




Monday, June 13, 2011

~ SELAMAT DATANG KE DUNIA SAYANGKU ~


Berkat kesabaran selama 2 tahun menunggu cahaya mata & percaya kepada rezeki yang Allah kuniakan tanggal 29 Mei 2011 merupakan tarikh keramat yang paling istimewa bagi dua insan ini yang buat pertamanya bergelar ayah & ibu...Ridwan Abdul Kadir & Norazah Mohd Mastor..

Syukur Alhamdulillah..genap 9 bulan & beberapa hari dengan kuasa Allah SWT, tepat jam 9.20 malam puteri kecil ini keluar dari perut ibunya untuk menjadi umat Muhammad SAW dengan berat 2.90 kg..



Selamat datang ke dunia, anakku ADIBAH SYAHIRAH. Adibah bermaksud berpengetahuan dan beradab manakala Syahirah pula bermaksud terkenal dan ternama..Nama yang terbaik dari orang-orang terbaik yang akan menyelamatkan jiwamu, ayah & ibumu kelak. Maka jadilah kau putri yang cantik rupa, hati, dan akhlak...

Sayangku...Mummy nona doakan semoga Adibah Syahirah Bte Ridwan menjadi anak yang baik dan solehah kepada orang tua & keluarga...

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

ROBBI AWZI’NI AN ASYKURO NI’MATAKALLATI AN ‘AMTA ‘ALAYYA. WA ‘ALA WAALIDAYYA WA AN A’MALA SHOLIHAN TARDHOH, WA ASHLIH LII FI DZURRIYATIY” ....amin

(Wahai Robbku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau karuniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal sholeh yang Engkau ridhoi dan perbaikilah keturunanku) (QS. Al Ahqof:15)


Wednesday, June 8, 2011

~ KELEBIHAN DOA & ZIKIR ~


  • Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
  • Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.
  • Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
  • Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang memisahkannya dengan Allah.
  • Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat. Semakin banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.
  • Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.
  • Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah iaitu sebagaimana firman- Nya; “Kerana itu, iangatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu...” (Surah al-Baqarah, 2: 152)
  • Menjadikan hati sentiasa hidup. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Zikir bagi hati adalah ibarat seperti air dengan ikan. Maka apakah yang akan terjadi kepada ikan tersebut sekiranya ia dipisahkan dengan air?”
  • Zikir merupakan santapan hati dan rohani. Jika hati dan roh kehilangan makanannyamaka samalah ia dengan badan yang tidak mendapatkan bekalan zat nutriennya. Pada suatu masa, kami (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah) menemui Ibnu Taimiyyah yang sedang melaksanakan Solat Fardhu Subuh. Selepas solat, dia berzikir kepada Allah sehingga hampir pertengahan siang. Pada ketika itu, beliau menoleh kepadaku lalu berkata, “Inilah santapanku. Sekiranya aku tidak mendapat santapan ini, kekuatanku akan hilang.” Syaikhuil Islam Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata kepada kami, “Aku tidak akan meninggalkan zikir, melainkan dengan niat memang itulah yang dikehendaki oleh jiwaku atau kerana aku ingin berehat. Bagiku berehat ini adalah persiapan untuk melakukan zikir
    yang berikutnya”.
  • Membersihkan hati dari kekotoran. Kekotoran hati yang dimaksudkan adalah lalai dan bergelumangnya dengan hawa nafsu. Maka, cara untuk membersihkannya adalah dengan bertaubat dan memperbanyakkan istighfar.
  • Menghilangkan kerisauan dan ketidakyakinan dalam mentaati Allah. Orang yang lalai, dia sering mengalami kerisauan terhadap soal hubungannya dengan Allah. Maka, kerisauan itu dapat dihilangkan dengan melaksanakan ibadah zikir.
  • Takbir, tasbih, tahmid, dan tahlil yang diucapkan oleh seseorang di waktu dia berzikir, dapat membantu dirinya di waktu kesusahan. Ini adalah kerana Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang beriman dan melaksanakan amal-amal yang soleh.
  • Seseorang yang mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara berzikir di waktu senang, akan menjadikannya sentiasa mengingati Allah walau bagaimana pun keadaannya di waktu susah.
  • Amalan berzikir kepada Allah mampu menjadi benteng yang manpan dari pelbagai keburukan dunia dan akhirat. Ia juga mampu menyelamatkan diri seseorang dari azab Allah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Mu’az bin Jabal radhiyallahu ‘anhu sebagaimana yang dia fahami daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:
    “Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam yang mampu
    menjaminnya dari dikenakan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala, selain dari
    berzikir kepada-Nya.”
  • Memberikan ketenangan dan penyebab datangnya rahmat. Orangorang yang berzikir juga dia akan dikelilingi oleh para malaikat, sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam di dalam hadisnya.
  • Zikir juga dapat membantu pengamalnya dari melakukan perkaraperkara lisan yang dilarang seperti ghibah (mengumpat), berdusta, menghasut, mengata, dan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.
  • Majlis Zikir merupakan majlis para malaikat, manakala majlis yang melalaikan serta permainan adalah merupakan majlis Syaitan. Seseorang muslim perlulah memilih mana yang lebih dia gemari dan lebih utama. Kerana dengan memahami sesuatu amalan berdasarkan mana yang lebih penting dan utama, maka begitulah dia menentukan tempatnya di dunia dan di akhirat.
  • Malaikat sentiasa memohonkan keampunan kepada Allah bagi orangorang yang berzikir. Dengan berzikir juga ia akan menghindarkanseseorang muslim itu dari sifat nifaq.

Thursday, June 2, 2011

~ TAUBAT PENCURI KAIN KAPAN ~


Diceritakan bahawa Abdurrahman bin Ghannam Al-Daws mengatakan bahawa Muaz bin Jabal pernah menemui Rasulullah SAW dalam keadaan menangis teresak-esak. Dia mengucapkan salam kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab. Baginda kemudiannya bertanya : “ Apakah yang membuat kamu menangis wahai Muaz?” Muaz menjawab : “ Ya Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda yang bersih badannya, putih wajahnya, tampan orangnya, sedang menangis seperti menangis anak kecil yang kehilangan ibunya. Dia ingin menemuimu ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata : “ Suruhlah pemuda itu masuk wahai Muaz.” Muaz pun membawa pemuda itu masuk menjumpai Rasulullah dan mengucapkan salam kepadanya. Rasulullah pun menjawab salam itu dan berkata : “ Apakah yang telah membuatkan kamu menangis wahai pemuda?” Pemuda itu menjawab : “ Bagaimanakah aku tidak menangis, sedang aku telah banyak membuat dosa. Kalau sahaja Allah membalas sebahagian daripada dosa itu, pasti aku dimasukkanNYA ke dalam api neraka. Aku dapat merasakan bahawa Allah akan membalas segala dosaku dan tidak akan mengampuniku selamanya.”

Rasulullah SAW bertanya : “ Adakah engkau telah mempersekutukan Allah?”
Pemuda itu menjawab : “ Aku berlindung kepada Allah, aku tidak pernah mempersekutukanNYA dengan sesuatu apapun.”

Rasulullah bertanya lagi : “ Adakah engkau telah membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”
Pemuda itu menjawab : “ Tidak.”

Rasulullah berkata : “ Allah mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar gunung yang menjulang ke langit.”

Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, dosaku lebih besar dari gunung itu.”

Rasulullah berkata : “ Allah akan mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar tujuh bumi serta lautan, pasir , pohon dan segala yang ada padanya.”

Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”

Rasulullah berkata : “ Allah akan tetap mengampuni dosa-dosamu walaupun dosamu itu sebesar langit, bintang dan KursiNYA.” Pemuda itu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya dosaku lebih besar daripada itu.”

Mendengar ungkapan daripada pemuda itu, maka muka Rasulullah menjadi merah kerana marah dan kemudiannya baginda berkata: “ Celakalah engkau wahai pemuda, apakah dosa-dosamu yang lebih besar itu?”
Maka tersungkurlah pemuda itu sambil berkata : “ Subhanallah, Tuhanku. Tidak ada sesuatupun yang lebih besar daripada Engkau.”

Rasulullah berkata : “ Wahai pemuda yang celaka, beritahulah kepadaku salah satu dosa yang telah engkau lakukan.”

Maka pemuda itu pun menceritakan tentang dosa yang telah dilakukannya : “ Dahulu, selama tujuh tahun, pekerjaanku adalah menggali kubur dan mengeluarkan mayatnya. Kemudian,aku ambil kain kafannya. Pada suatu hari, ada seorang anak gadis daripada golongan Ansar meninggal dunia. Setelah ia dimasukkan ke dalam kubur, pada malam harinya aku mendatangi kubur itu. Aku menggali dan mengambil kain kafannya. Kemudian, aku tinggalkannya dalam keadaan telanjang di tepi kuburnya, lalu aku pulang ke rumah.

Setelah aku sampai ke rumahku, pada waktu itu datang syaitan yang merayuku supaya aku menggauli mayat anak gadis itu dan akhirnya aku kembali kepadanya. Aku tidak dapat menahan nafsuku sampai aku bersetubuh dengannya. Setelah selesai hajatku, aku meninggalkannya di tepi kubur itu. Ketika aku ingin berangkat pulang ke rumahku, tiba-tiba aku mendengar satu suara : “ Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan hisab pada hari kiamat, sebagaimana engkau telah berbuat buruk kepada diriku. Engkau meninggalkan aku dalam keadaan telanjang di tengah-tengah orang yang mati. Engkau keluarkan aku dari dalam kuburku. Engkau lepaskan kain kafanku dan engkau meninggalkan aku dalam keadaan junub sampai hari hisab nanti. Celakalah engkau wahai pemuda. Tempatmu adalah di neraka.
Setelah itu, aku tidak pernah mengira untuk mencium bau syurga untuk selama-lamanya. Lalu, bagaimanakah pendapatmu wahai Rasulullah?”

Maka, dengan perasaan marah Rasulullah berkata : “ Pergilah engkau dari sisiku wahai orang fasik. Aku takut akan terbakar bersama api yang membakarmu. Alangkah dekatnya dirimu dengan api neraka.”

Setelah mendengar kata-kata daripada Rasulullah, maka pemuda itu pun meninggalkan baginda. Kemudian, dia mengambil bekalan dan mengarahkan perjalanannya menuju ke gunung. Pemuda itu beribadah dan tinggal di sana. Dia selalu menggantungkan tangannya pada lehernya. Dia menangis sambil berdoa, merendahkan diri di hadapan Allah. Dia berkeadaan demikian sehingga empat puluh hari lamanya.

Setelah itu, dia menadah tangannya ke langit sambil berkata : “ Ya Allah, tidakkah Engkau dapat melakukan sesuatu untuk memenuhi hajatku? Jika Engkau mengabulkan doaku, maka ampunilah segala kesalahanku dan berilah wahyu kepada RasulMU. Jika Engkau tidak mengabulkan doaku dan tidak mengampunkan dosaku, dan Engkau ingin memberi hukuman kepadaku, maka segerakanlah hukuman itu. Bakarlah diriku sekarang ini dengan api atau berikanlah aku seksaan yang menghancurkan diriku di dunia ini. Akan tetapi, selamatkanlah aku dari sengsara di akhirat nanti.”

Lalu, Allah menurunkan wahyuNYA kepada Rasulullah SAW yang maksudnya :

“ Orang-orang yang telah mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Maka, siapa lagi yang dapat mengampuni mereka selain daripada Allah? Selepas itu, mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka mengetahui. Mereka itu mendapat keampunan daripada Allah dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” ( Al-Imran:135-136)

Ketika ayat ini diturunkan kepada Rasulullah, baginda lalu keluar dan membacanya sambil tersenyum. Baginda seterusnya meminta para sahabat menunjukkan tempat pemuda itu bertaubat. Bersama para sahabat, baginda pergi ke tempat itu. Tiba-tiba, mereka melihat pemuda itu sedang berdiri di atas batu sambil meletakkan kedua belah tangannya pada lehernya. Wajahnya kelihatan hitam, bulu matanya gugur disebabkan terlalu banyak menangis. Rasulullah mendekati pemuda itu. Baginda melepaskan tangannya dari lehernya dan membersihkan debu-debu yang menempel di kepalanya lantas bersabda, “ Aku ingin memberikan khabar gembira buatmu. Sesungguhnya engkau telah dibebaskan oleh Allah daripada azab api neraka.”

Sesungguhnya, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Jika kita berbuat salah dengan manusia, belum tentu manusia itu masih sudi untuk memaafkan kesilapan kita. Akan tetapi, yakinlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan menghampakan kita bilamana kita memohon keampunan kepadaNYa.

Sebagai manusia biasa yang terkenal dengan sifat pelupanya, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak kira sama ada ia adalah satu hal yang besar atau sebaliknya. Jadi, perlulah bagi kita untuk sentiasa bertaubat kepada Allah dan selalu memperbaharui iman kita. Bersangka baiklah dengan Allah dan pohonlah keampunan hanya padaNYa. Moga cerita yang dilampirkan dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.

~ ANDAI KITA BISA MEMAHAMI ~

Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan..

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada.... jangan terlalu mengharap pada takungannya.... dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.... Kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal.....

Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah