Thursday, May 5, 2011

UNTUK MENANGANI IBLIS & SYAITAN

Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh

1. SURAH AL FATIHAH

Terjemahan:

(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. DOA MENGHINDAR SYAITAN

Terjemahan:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


3.SEJAHTERA KEATAS NABI SULAIMAN

Terjemahan:

Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman di dunia dan akhirat


4. DOA SULAIMAN

Terjemahan:

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

Friday, April 29, 2011

SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA

Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

TRILOGI KEPADA KISAH "IBLIS MENCEMBURUI ADAM" ~TAUBAT NABI ADAM~


Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Thursday, April 28, 2011

RAHSIA DISUKAI RAMAI


Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang."

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.


Wednesday, April 27, 2011

IBLIS MENCEMBURUI ADAM


Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam.

Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga. Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.

Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat.

Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam.

Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan.

Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA



pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang..
bila cinta Satu pasti bertemu..
yang tidak ternilai..
kerana di dalam hati kita..
kerna tiada antaranya lagi..
yang ada hanya cinta kasih Ilahi..

kita berpisah hanya sementara..
kerna pertemuan bukan milik kita..
jasad dan suara berjauhan sentiasa..
namun cinta abadi...

bila terpisah selalu menderita..
kerana syurga menagih ujian..
namun neraka dipagari oleh nikmat..
bertemu tidak jemu,berpisah tak gelisah..

bicara kita adalah bicara sufi..
tanpa suara dan kata-kata..
kerana penghubung kita adalah suara hati..
bertemu berpisah kerana Allah