Wednesday, April 27, 2011

KISAH ABU QUDAMAH

Satu kisah daripada Abu Qudamah ketika mana beliau dalam perjalanan pulang daripada menyeru masyarakat Islam supaya berjihad di Jalan Allah, maka bertemulah beliau dengan seorang perempuan tua. Perempuan tersebut menahan perjalanannya untuk memberikan satu barang yang berbungkus kemas kepada Abu Qudamah. Lalu, Abu Qudamah membukanya lantas didapati satu jalinan rambut yang panjang berada di dalam bungkusan itu. Maka perempuan tua itu mengatakan bahawa, hanya dengan rambut itu sahaja yang mampu disumbangkan untuk jihad kerana keuzuran yang ada padanya. Jadikanlah jalinan rambut itu sebagai tali pengikat kuda-kuda di medan jihad.

Di dalam satu peperangan, kelihatan seorang pemuda yang berada di barisan hadapan di medan peperangan begitu cekap dalam meluncurkan anak panahnya kepada sasaran (musuh). Abu Qudamah seringkali memerhati kepada pemuda tersebut kerana ketangkasannya dalam mengendalikan busur dan anak panahnya. Setiap kali
dilancarkan sasaran, pasti akan mengena kepada sasaran yang ditujunya. Namun, dengan kuasa Allah, tiba-tiba meluncurlah satu anak panah dari pihak musuh lalu terkenalah tepat di dahi pemuda berkenaan. Abu Qudamah segera menghampirinya. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat beliau berpesan kepada Abu Qudamah supaya mengambil secebis cebisan kain dariapada belakang bajunya. Lalu, syahidlah seorang pemuda dan tercapailah cita-citanya yang sekian lama diimpi-impikan.

Maka selepas daripada peristiwa tersebut, Abu Qudamah seterusnya menguruskan jenazah pemuda berkenaan. Tetapi, peliknya, ketika dimasukkan ke dalam liang lahad, beberapa kali jenazah pemuda berkenaan dimuntahkan kembali oleh kubur ke permukaan bumi. Beberapa kali Abu Qudamah mencuba untuk mengebumikannya, tetapi tidak berjaya. Abu Qudamah kehairanan lalu beliau solat memohon petunjuk daripada Allah. Sehinggalah datang satu suara yang menyuruh Abu Qudamah agar jangan mengebumikan pemuda berkenaan. Kemudian datanglah satu kumpulan binatang-binatang buas ke arah jenazah pemuda berkenaan lantas memakan daging-dagingnya pemuda berkenaan. Dan datang pula sekawan burung-burung memakan sisa-sisa daging yang masih berbaki sehinggalah hilang jenazah berkenaan daripada pandangan manusia.

Selepas daripada kejadian berkenaan, Abu Qudamah berusaha menjejaki keluarga pemuda tersebut. Masuklah Abu Qudamah ke kampung-kampung bertanyakan akan asal pemuda berkenaan dengan membawa bersama cebisan kain daripada baju pemuda itu. Sehinggalah, sampai di satu rumah, seorang perempuan begitu mengenali baju tersebut lalu dipanggil ibunya. Rupa-rupanya, kedua-dua perempuan itu adalah adik dan ibu kepada pemuda berkenaan. Sebaik sahaja melihat baju tersebut, segera si ibu bertanyakan kepada Abu Qudamah adakah anaknya selamat dikebumikan ataupun tidak. Maka Abu Qudamah segera menceritakan apa yang berlaku terhadap anak beliau. Si ibu tidak terkejut dengan apa yang diceritakan. Malah beliau menceritakan kisah anaknya ketika hidup yang senantiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan kepadanya Syahid, dan jadikanlah jenazahnya nanti sebagai makanan kepada burung-burung dan haiwan-haiwan. Begitulah satu kisah yang berlaku kepada seorang pemuda yang ibunya adalah perempuan tua yang memberikan jalinan rambutnya yang panjang kepada Abu Qudamah untuk dijadikan tali pengikat kuda-kuda di medan jihad.

Kisah adalah sepertimana yang diceritakan di dalam khutbah di Mesir.

Tuesday, April 26, 2011

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

MANGKUK, MADU & RAMBUT

Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu,dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk

yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Monday, April 25, 2011

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', saya kau sentuh
dalam keadaan suci. saya kau pegang
saya, kau junjung dan kau pelajari
saya engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah saya bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin saya bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu saya hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang. saya tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana saya tersimpan
saya sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala saya dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau saya kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini saya lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. saya engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktu petang. saya kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan saya yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada saya untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
saya semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika saya engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
saya akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah saya kembali.. .. bacalah saya kembali saya setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera saya dari almari, lacimu.......
Letakkan saya selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah saya kembali...

Baca dan pelajari lagi saya....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan saya engkau biarkan saya sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Friday, April 22, 2011

PENCARI KASIH ADAM & HAWA

untuk ADAM..andai mahu mencari HAWA..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk HAWA..andai mahu menerima cinta ADAM..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

Thursday, March 17, 2011

BERSANTAI..

trip ke jom heboh..
kul 9 lebih sampai tp xde apa pun yg menarik..huhu
nona & noni...
tp ada lak anak buah menyalat lagi...adoiii


aisyah adrianah @ icha
setahun 10 bulan
anak buah tersayang...

Wednesday, March 2, 2011

PANTUN

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Tuan jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau tuan jalan ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Malam ini merendang jagung,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.