Wednesday, July 21, 2010

~ SUAMI PERLU SABAR MEMBIMBING ISTERI ~

SUAMI tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya, hanya kerana satu tingkah laku isteri yang tidak menyenangkan. Sebaliknya, dia dituntut mengambil kira perilaku lain isterinya yang menyenangkan, sebelum membuat sebarang keputusan. Sabda Rasulullah saw, bermaksud: "Sesungguhnya, orang perempuan itu dicipta dari tulang rusuk. Dia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal dia tetap bengkok.

Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan, sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya." (Hadis riwayat Muslim) Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan atau isteri yang sejak lahir, memang dipengaruhi oleh sifat-sifatnya yang asal. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika dididik dengan kasar, maka akan patah (gagal). Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh itu, dalam mengendalikan urusan dengan isteri, seorang suami harus sabar dan bijaksana, tahu masalah dan keadaannya.

Jangan terlalu berkasar atau berlembut dalam mendidik isteri. InsyaAllah, dia akan diberikan ganjaran kejayaan seorang isteri yang salih. Seorang isteri pula, di samping taat kepada Allah, perlu taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Isteri itu akan dipersilakan masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Sabda Rasulullah, maksudnya: "Jika seorang perempuan sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya." (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya bagi seorang perempuan (isteri)?" Baginda bersabda: "Suaminya." Aku bertanya lagi: "Siapakah yang lebih besar haknya bagi orang lelaki?" Baginda bersabda: "Ibunya." (Riwayat Bazaar dan Hakim).

Isteri mempunyai satu kewajipan besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didulukan. Berbeza dengan suami, dia mempunyai kewajipan amat besar terhadap ibunya. Sejauh mana kemampuannya, dia perlu memenuhi setiap keperluan ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya.

Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. "Dan setiap wanita yang bermuka masam di muka suaminya, justeru, dia ada dalam kemurkaan Allah sampai dia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan dia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, justeru, malaikat melaknatnya hingga dia pulang." (Hadis riwayat Al Bazzar).

~ MAMPUKAH AKU ~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Sunday, July 18, 2010

~ SAHABAT YANG SOLEH ~

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG…
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

thanx sahabat2ku...aku akan berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik tuk kalian semua....aku cayang kamu...muahhhhhhh

~ WANITA itu CANTIK ~

Allah berfirman didalam sebuah hadith udsi : "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali. Anda akan menambah harga diri ciptaan indah ini, wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Wallahualam Bisawab.

Saturday, July 17, 2010

Salam & selamat sejahtera kengkawan ku semua…

1stly thanx la pada korang coz sudi meluangkan masa mengunjungi Blog nona manis ni…kat page ni aku nak cerita sket pasal perjalanan hidup aku dari kecik smpai la aku beso gedebak mcm ni…

nona…nona…2 la nama manis yang mak bapak aku bagi sejak lahir lagi…nama ni sgt kene ngan aku yg berkulit sdkit gelap ni…tp nmpak sweet la…hehe..actly 2 nama timangan ku…Namaku yang tertera dalam surat beranak mahupun IC ~ RUHANA BINTI ABDUL KADIR . Bapaku Abdul Kadir Bin Ahmad & mamaku Sarinam Binti Sagi.

Aku lahir d umah jer coz x sempat g klinik..time nak bersalin 2 bapak aku xde kat umah..keje luar..so mak bidan kampong la yg sambut kelahiran ku d bumi cipataan Allah SWT yang indah ini..tertera la kat surat beranak yang menyatakan aku lahir d Kg Baru Membakut…D situ jugalah tembuniku ditanam & tempat nie jgk la aku membesar ..main getah… ngan guli…main konda kondi..main masak2 & macam2 lagi mainan budak kg..bersama dngan member2 aku ms kecik dl…antaranya c lisa..c bego...c sum...c piah..ramai lagilah...

Aku ni anak ke 5..semua skali 8 org adik beradik..2 bini-bini & 6 laki-laki..tp skang nie keluargaku betambah besar lg coz kakak ku kawin udah & dpt 1 baby gurl..abg sulungku pun dah kawen gak…big family..maintain bhgia & happy selalu…syukur alhamdulillah aku panjatkan pada Mu ya Allah..

Bah...yg ni pula kisah skolah aku..Dulu, time skolah rendah aku skolah d SK Pekan Membakut dari darjah 1 smpai la darjah 6. .Dulu aku x masuk tadika pasal x wajib pown mcm skrg ni..pas 2 aku naik g tgktn 1 lak d SMK Membakut …smpailah form 6..alhamdulillah pas form 6 2 aku dpt lak twrn msk u…kecoh gak family aku coz aku x mau msk u..bukan apa coz not my test la kos yg dtwrkan..IT..fuh …aku dh la buta komputer…sbiji haram aku xtau pasal robot tuh..tub2 dpt lak kos 2…sure la aku xnak p…tp kena paksa…huhu…so tpksa la p jugak…Alhamdulillah aku leh score..

ok…ni perjalanan kerjaya ku dari 1st time pegang duit sendiri..Macam2 keja aku dah buat…1st time keje...kat ILP KK..byk pahit manis keje kat situ..ms 2 tgh tgu result spm..pas 2 aku dpt msk form 6..tgh tgu result 2 aku g r keje kilang papan..x lama..berenti…lik kg..kat kg aku keje g kat kantin skolah…xpe r drp duk umah kan!!..gpun sape nk bg duit kan..seingat aku time 2 aku x pegang lg henpon nih...so xde la kos menanggung topup...hehe...time keje 2 r aku dpt twrn msk u…pkse gak p..siap nangis2 g xnak p coz takut ngan komputer..betul…aku x bohong…tipu pun x….tp paling aku x lupa 1st time msuk class..ada amali test komp…tub2 aku lulus dlm test 2..hahaha…tekejut tahap katak aku..rasa2nya katak pun x pernah g terkejut cam aku ni...hikhikhik....blh lak lulus..padahal buta IT..myb dr pmbcaan juga kot..hah pas 2…bila sem break je aku x lik sbh pun..mls nak susahkan parents nak cr duit tambang kapal terbang..org susah la katakan..so aku g keje..smgu stdy week pun aku g keje gak..ptptn x ckp r…kalau student lain hanya stdy jer tp aku keje lak kat nilai…xpe r tiket bos support…keje ape??? kedai kain je …tp income masyuk..sume free…hehe…thanx la pd x-bos aku 2…baik giler r…

yang ni pula pasal time paktikal…pktikal 6 bulan kat cmpany MKN System Sdn Bhd..fuh best giler…tp penat gak la…byk keje…yg paling x tahan kene siapkan 4 web skaligus dlm masa 3 bulan..dah la kos IT…lain la kos multimedia…leh siapkan cpt.. huhu..alhamdulillah smua projek aku dpt sattlekan b4 tmt pktikal…pas tmt pktikal je aku dpt twrn keje trus kat company 2..tp d sebabkan ada bbrpa mslh so aku resign…pas 2 aku terus balik smla keje kat nilai 2..3 bln jer keje kat sn…ckup la tgung kos nk konvo…pas bln 5 jer aku terpaksa resign..dpt interview kat sbh..pulanglah aku ke sbh..tp hampeh..jatuh semangat aku..ingatkan dpt keje 2…tp xde rezeki…tanam jagung la 1 bln kat kampong..

Perghhhhh bagaikan perut lapar dibagi pecel lele ngan asam boi kasturi.. mak angkat aku call panggil aku keje..kedai kain lgggg…agaknyer 1 hr nanti aku lak jd tokey kain kot…insyaAllah amin…aku pun p la..kat melaka pl kali nie…nie lg bestttt...oleh krn keja aku x berat & sng, so aku pn dpt ilham nk tmbh income..gaji sbulan trus aku wat beli lptop spiderman ni…ngan berukband skali..aku nak wat website la..xpe la kan…janji itu usaha kt sdr…hehe..ada lg biz…tp kene tunggu pas raya...pasal skrg ni tengah kumpul modal...nak tau apa biznya...tunggu lepas raya nanti...sesiapa yg berminat nanti leh la contact2 aku k!!!! daaaaaaaa......

SELAMAT DATANG KE BLOG NONA MANIS!!!!





Adakah anda cemburu bila melihat website orang lain??? Kenapa??? Sebab anda tiada website sendiri…Anda ingin milikinya??? blog sendiri??? Forum sendiri??? Tapi tak tahu bagaimana nak mulakan??? Saya ada penyelesaiannya…

Anda mempunyai perniagaan sendiri…ada produk yang hebat & berhasrat untuk mempromosikan produk anda dengan lebih meluas lagi…tp anda tak tahu bagaimana nak dapatkan pelanggan diuar kawasan anda??? Saya boleh bantu anda selesaikan masalah tersebut….

Anda inginkan kelab & persatuan anda terkenal??? Anda ingin perkenalkannya kepada orang luar??? saya boleh realisasikan impian anda itu…

Ambil peluang yang saya sediakan ini untuk menyelesaikan segala kekusutan yang ada dalam fikiran anda…


BERITA BAIK BUAT ANDA!

Saya menawarkan perkhidmatan membina laman web (website) personal, keluarga, kelab & persatuan, sekolah, perniagaan dan sebagainya dengan harga serendah RM 200.00 sahaja. Anda boleh melanggan perkhidmatan ini tidak kira dimana anda berada. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berjumpa dengan saya. Hanya melalui internet sahaja anda mampu memiliki laman web sendiri. Hanya lima langkah mudah untuk memiliki laman web:

1:: Drafkan/proposal untuk laman web anda dalam format microsoft word. Kandungan proposal anda mesti mengandungi pakej laman web yang anda kehendaki, 3 pilihan nama domain, warna asas, kandungan setiap muka surat beserta gambar (jika ada) dan sebagainya. Hantarkan proposal anda ke email ambuyat_girl@yahoo.com.

2:: Saya akan nilaikan proposal anda dan akan menghubungi anda untuk pengesahan laman web anda beserta caj yang dikenakan.

3:: Jika anda bersetuju, pembayaran sebanyak 30% perlu dibuat dan saya akan siapkan laman web anda secepat mungkin (bergantung kepada berapa muka (page) yang dikehendaki).J ika pelanggan memilih untuk menggunakan hosting berbayar dan domain name, bayaran untuk keduanya harus dijelaskan sekali. Bayaran ini tidak perlu untuk free hosting seperti Geocities, webs, yola atau wordpress)

4:: Saya akan tunjukkan hasil laman web anda dan membuat perubahan atas permintaan anda sehinggalah anda berpuas hati dengan laman web tersebut.

5:: Laman web akan diserahkan kepada anda dan setelah berpuas hati, bayaran selebihnya perlu dijelaskan dalam masa seminggu dari tarikh siap laman web tersebut. Saya berhak untuk memadam atau membatalkan sebahagian laman jika pelanggan tidak menjelaskan bayaran sebagaimana yang dipersetujui.

Mudah kan!!!