Friday, December 30, 2011

~ MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW ~

Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 

Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. 8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. 

Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari. 

Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali) 

Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati..


~ SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK ~

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

Saya tahu saya tak cantik. 
Tapi, walaupun saya tak cantik, saya tetap ada kelebihan. 

 

Kerana saya tak cantik, saya tak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki nakal. 
Kerana saya tak cantik, saya dapat pelihara diri saya dari pandangan nafsu lelaki. 
Kerana saya tak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki. 
Kerana saya tak cantik, saya tak di cemburui wanita-wanita lain. 
Kerana saya tak cantik, saya tak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki mahupun perempuan. 
Dan kerana saya tak cantik, saya belum menemui insan yang betul-betul ikhlas mencintai saya seadanya. 

Kerana saya tahu.... 
walaupun saya tak cantik pada pandangan manusia, 
maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada pandangan ALLAH. 
Bukan kecantikan dunia yang saya kejar,
TAPI kecantikan di akhirat kelak. 

SAYA NAK KEJAR CINTA YANG MENCIPTA KECANTIKAN TU.
itu pelabuhan hati saya^^

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫




~ ENGKAU YANG MENERIMA SEGALA TAUBAT ~

Ya Allah, hamba memohon melalui nama-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Wahai Yang Maha Arif dan Bijaksana. Maha Suci Engkau. Wahai yang menerima segala Taubat. Amin 

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau dan telah jadikan aku adalah hamba-Mu, aku menurut perintah dan janji-Mu sesanggupku. Aku mohon perlindungan bahanya dosa yang aku perbuat, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan mengakui pula banyaknya dosaku, maka ampunilah aku, karena tidak ada yang bisa mengampuni dosa kecuali Engkau. Amin 

Ya Allah, ampunilah aku, orang tua ku, anak-anak ku, guru-guru ku, saudara-saudara seagama, sahabat-sahabat ku, orang-orang yang mencintai ku karena Engkau, orang-orang yang berbuat baik kepada ku dan bagi kaum muslimin muslimat, mukminin dan mukminat, wahai Tuhan penguasa alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa. Amin 

Ya Allah, selamatkan aku dari neraka dan berilah ampunan di malam dan siang. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebebasan dari nereka dengan selamat. Masukkan aku kesurga dengan tentram. Amin.


~ TURUNKANLAH MAGFIRAH MU ~


Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memelihara wajah kami dari sujud kecuali kepada-Mu, Ya Allah peliharalah wajah kami dengan kemudahan rezeki dan jangan Engkau merendahkan kami dengan kesempitan rezeki-Mu. Maka peliharalah diri kami dari meminta-minta hajat kami kecuali kepada-Mu dengan kemurahan dan kaunia-Mu. Wahai dzat yang paling penyayang. Amin
aku tahu ya Rabb, rizkiku tak mungkin diambil orang lain, maka hatiku tenang. Amal-amalku tak mungkin diambil orang, maka aku sibukkan diriku untuk beramal. Aku tahu Allah senantiasa melihatku, maka aku malu bila Allah mendapatkanku sedang maksiat. Aku tahu bahwa kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabbku, maka aku munajat kepada-Mu, khusnul khatimahkan diakhir hayatku. Amin

Ya Allah, ampunilah aku, belas kasihanilah aku dan cukupkanlah segala kekuranganku dan tingkatkanlah derajatku dan berikanlah rizki kepada ku, Ya Rabb aku bersujud dan bersimpuh berserah diri kepada-Mu.Turunkanlah magfirah-Mu. Amin.







~ MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN ~

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.


Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

~ PAK PANDIR KE KEBUN ~

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
 
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, “Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”


Tuesday, December 27, 2011

~ BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI ~

»»► RAMAI dari kalangan wanita cantik itu PERASAN, bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka !! 

»»► RAMAI juga di kalangan lelaki hensem itu PERASAN, bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka !! Tetapi HAKIKATNYA, di kalangan mereka itu RAMAI yang TIDAK SEDAR bahawasanya LELAKI atau WANITA yang BAIK & BERAGAMA itu BUKAN DINILAI bersandarkan RUPA PARAS & LUARAN semata-mata, tetapi sejauh mana mereka MENGHIAS AKHLAK & MEMBATASKAN PERGAULAN dalam MENYEMAI, MENJAGA & MENGUKUHKAN TAQWA & KEIMANAN dalam kehidupan. Dan sesungguhnya juga, LELAKI mahupun WANITA yang SOLEH/SOLEHAH itu seharusnya BERUSAHA MENJAGA PANDANGAN mereka sebagaimana FIRMAN ALLAH dlm Surah AnNur, ayat ke 30/31:

~: ☀ ❝..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka..❞ 

~ ☀ » Justeru itu, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis & cantik; Dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak & rupawan «

(✿◠‿◠)  Bersama renung²kan ..!♥·: :·♥ :: 

Jom muhasabah :: 
Renungi peribadi :: 
Dakwah hati :: 
Tarbiyah diri :: 

« » Barakallahufikum « » 
BERSAMA BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI