Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang.
Nasib malang
menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak
di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah
terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih di sisinya.
Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh
kesayuan, “Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar
di Universiti dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi
memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah “Masa abang tengah cari kerja dulu
pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di
sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk
abang…”
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila
abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi
bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang… ayang masih
di sisi abang.
“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang
kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.
Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila
abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakkan si isteri bertambah kuat…
Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la ….
BERAMBUS KAU
SEKARANG!!
No comments:
Post a Comment