Wednesday, April 27, 2011

SEMBAHYANG KERANA ISLAM ATAU SEMBAHYANG KERANA TUHAN?


Ada orang yang sembahyang kerana dia hendak menyembah kepada Tuhannya. Ada pula orang yang bersembahyang kerana itu satu tuntutan di dalam agama Islam. Maka apakah perbezaannya?


Yang pertama tadi sembahyang untuk membesarkan Tuhan, untuk mengaku dirinya lemah dan hamba yang hina dina. Dia bersembahyang untuk memohon maaf kepada Tuhan atas kelalaiannya, memohon keselamatan daripada Tuhan untuk hidupnya di dunia dan di akhirat serta bersyukur diatas segala nikmat Tuhan yang tidak terhitung banyaknya. Orang ini, semakin sembahyang semakin tawadhuk, semakin sibuk menghitung-hitung kesalahan dan dosanya serta sangat bersyukur dengan segala apa yang ada. Dia merasakan dirinya hina dan semua orang itu lebih baik daripadanya.

Golongan yg kedua pula bersembanhyang kerana ia satu kewajipan dalam agama islam. Kalau berbuat berpahala, kalau ditinggalkan berdosa. Oleh itu, apabila dia dapat menunaikan sembahyangnya, dia pun rasa yang dia sudah terselamat daripada dosa dan neraka. Dialah yang paling baik di sisi Tuhan dan layak mentadbir dunia dan layak menghuni Syurga. Sebab itulah dia boleh jadi sombong dan memandang orang yang tidak sembahyang itu hina. Akibatnya, dia tidak terselamat dari menimbulkan perpecahan dan pergaduhan di dalam masyarakat.


No comments: