Thursday, October 14, 2010

AKIBAT TAK MANDI HADAS

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang
lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu
kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal
sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan
disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan
untuk disempurnakan pengkebumiannya.

Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana
di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia
menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat
dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya
perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka
hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat
apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing
sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan
tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang
lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat
cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu
terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang
kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus
bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar
menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali
satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan
bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para
jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba
menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka
apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam
lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya,
akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan unt! uk
mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut
bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi
itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan
dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang
berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada
perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya.
Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang
lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan
mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi
hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar)apabila
dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari
neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam
Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi
ketahuilah azabnya sangat pedih .....

No comments: