Tuesday, October 12, 2010

2 PERKARA IBLIS KEHAIRANAN TERHADAP MANUSIA

Rasulullah s.a.w pernah bertanyaA kepada iblis laknat, “Wahai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T.”

Iblis menjawab, “Ya Tuhanku! Demi kemuliaanMu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”Kata iblis, “Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu

Pertama: Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar.

Kedua: Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”

Allah berfirman, “Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaanKu, Aku akan berikan pada umat Muhammad dua kebahagiaan iaitu, pertama: Kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa diatas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu. Kedua: Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan.” Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat yang amat disayangi oleh Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "
"

No comments: