Saturday, July 31, 2010

~ SEKADAR RENUNGAN ~

Seringkali kita mendengar orang berkata bahawa pakaian mencerminkan keperibadian kita tetapi kita seringkali alpa, kita terlalu lalai dan kita tidak pernah ambil peduli tentang pakaian yang dipakai untuk 'mengadap'. Kita lupa akan hakikat siapa diri kita. Seringkali kita mengadap Allah SWT dengan pakaian yang kita pakai hampir seharian. Pakaian tersebut kadang-kala tidak diketahui sejauhmana kebersihan dan kesuciannya. Bayangkan seharian kita memakainya ke hulu, ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalanraya kerana terlalu labuh mencecah lantai. Jadilah kita Majlis Perbandaran yang tak bertauliah. Jauh bezanya dengan keadaan kita ketika menghadiri majlis-majlis keramaian atau kenduri. Dengan keharumannya dan pakaiannya yang tanpa sekelumit pun kesan kotoran degil.

Berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah SWT. Bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi bintik-bintik hitam umpama jeragat dimuka dengan 'keharuman' yang tersendiri. Hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yang kita laung-laungkan. Sedangkan Islam amat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian.

Manakala ada juga dikalangan kita yang berhias sakan apabila ber'dating', tapi bila masa mengadap Allah SWT hanya berkain pelikat tanpa berbaju pula. Tidak timbul pun sedikit rasa malu dihati kita bila berpakaian demikian ketika sembahyang. Sembahyang seolah-olah menjadi perkara ringan dalam hidup kita. Sedangkan di zaman Rasulullah SAW ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan ada dikalangan sahabat yang gementar tubuh mereka apabila ingin menunaikan tanggungjawab ini. Jauh berbeza dengan kita hari ini yang hanya bersembahyang mi maggie, dua minit dah siap.

Oleh renung-renungilah diri kita, ibadat kita demi kebahagian di sana. ..."Dunia ini adalah umpama tanam-tanaman untuk akhirat"...

No comments: