Saturday, July 24, 2010

~ HIKMAH HARI ~

ISNIN::
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1.Naiknya nabi Idris a.s. ke langit.
2.Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3.Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4.Malaikat Jibril a.s. turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5.Amal perbuatan umat Nabi Muhamad s.a.w. dilapurkan pada hari Isnin.
6.Hari wafatnya Junjungan mulia...Nabi Muhamad s.a.w
7.Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

SELASA
1.Wafatnya jurjis
2.Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3.Nabi Zakaria a.s. wafat pada hari ini juga.
4.Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa a.s.
5.Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6.Habil terbunuh hari selasa..

RABU
1.Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya kdlm perut bumi.
2.Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh).
3.Allah m'hancurkan raja Namruz bin Kan'an dgn memasukkan serangga kdlm telinganya.
4.Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s
5.Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

KHAMIS
1.Nabi Ibrahim a.s. bertemu dengan Raja Mesir.
2.Saudara-saudara Nabi Yusof a.s. berjumpa dengan Nabi Yusof a.s. setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Nabi Yusof a.s.jadi raja Mesir yang terkenal).
3.Bunyamin,saudara kecil Nabi Yusof a.s. dtng ke Mesir & bjumpa dgn Nabi Yusof a.s.
4.Nabi Yaakub a.s. datang ke negeri Mesir juga..utk btemu anakandanya yang dirindui.
5.Nabi Musa a.s memasuki Mesir pd hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah Allah.
6.Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah...

JUMAAT
1.Pernikahan antara Nabi Adam a.s. dan Hawa
2.Pernikahan antara Nabi Yusof a.s. dan Zulaikha
3.Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s
4.Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid r.a.
5.Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'
6.Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7.Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah az-Zahra r.a.

SABTU
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh a.s. membangkang kepada Nabinya.
2.Kaum Nabi Saleh a.s. mcabar nabinya dgn myembelih unta yg diamanahkan kpd mereka.
3.Saudara-saudara Nabi Yusof a.s. mengkhianati Nabi Yusof a.s. dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4.Raja Firaun mencabar Nabi Musa a.s.
5.Orang2 yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit.
6.Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad s.a.w. di Darun Nadwah.
7.Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


AHAD
1.Allah menjadikan neraka.
2.Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3.Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4.Allah menjadikan 7 anggota Nabi Adam a.s.
5.Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6.Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7.Allah menjadikan laiutan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat... Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari...hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah...barulah kita dapat gambaran sepenuhnya...alangkah baiknya kalau kita berada
di bumi anbiya...bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam...zaman pemerintahan nabi-nabi...

No comments: